Lelaki mabuk teruk sampai terlupa majlis perkahwinan sendiri

Lelaki mabuk teruk sampai terlupa majlis perkahwinan sendiri

Lelaki mabuk teruk sampai terlupa majlis perkahwinan sendiri. Seorang lelaki di India terpaksa berputih mata apabila gagal melangsungkan perkahwinan selepas tidak hadir ke majlisnya sendiri gara-gara mabuk, lapor laman berita India Times kelmarin.

Dalam kejadian di negeri Bihar pada Isnin minggu lepas, pengantin lelaki tersebut dikatakan mabuk teruk pada malam menjelang majlis perkahwinannya.

Ia membuatkan dia tidak sedarkan diri pada hari perkahwinannya tanpa diketahui sesiapa dan hanya benar-benar tersedar lewat Selasa lepas.
Lelaki mabuk teruk sampai terlupa majlis perkahwinan sendiri

Gambar hiasan

Lebih malang, pengantin perempuan enggan mengahwininya dan mahu membatalkan perkahwinan mereka kerana berang dimalukan lelaki berkenaan.

Menurut pengantin perempuan, dia enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak memahami erti tanggungjawab.

Disebabkan telah banyak berhabis duit untuk majlis perkahwinan itu, keluarga pengantin perempuan meminta ganti rugi daripada pengantin lelaki dan keluarganya.

Situasi menjadi lebih tegang apabila keluarga pengantin perempuan menjadikan sebilangan keluarga pengantin lelaki sebagai tahanan bagi meminta wang ganti rugi.

Insiden itu bagaimanapun selesai selepas polis tiba dengan laporan menyebut bahawa kedua-dua keluarga telah mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama tanpa mendedahkan penyelesaian tersebut.

Baca Lagi:
Dapat tahu Ex-Girlfriend dah jadi janda, lelaki sanggup cari salah isteri sendiri, tak sangka pula akhirnya jadi macam ini
Kecoh! Penyokong bertumbuk atas pentas di mesyuarat Umno
Pemimpin Pas dakwa Hannah Yeoh guna kuasa menteri nafikan hak Kelantan anjur Sukma
CATEGORIES