Lelaki mabuk kencing pada warga emas dalam pesawat

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki mabuk kencing pada warga emas dalam pesawat. Seorang warga emas mengalami detik trauma dalam hidupnya apabila seorang penumpang mabuk membuang air kecil ke arahnya ketika menaiki penerbangan Air India dari New York ke New Delhi, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam kejadian pada 26 November lalu, penumpang wanita berumur dalam lingkungan 70-an itu sedang duduk di kerusi kelas perniagaan apabila seorang penumpang lelaki mabuk tiba-tiba meluru ke arahnya.

Ketika menceritakan kejadian tersebut menerusi sepucuk surat kepada Pengerusi Tata Group, N. Chandrasekaran, wanita itu berkata, sejurus selepas makan tengah hari dihidangkan dan lampu ditutup, seorang penumpang lain datang ke tempat duduknya dalam keadaan mabuk.

Lelaki mabuk kencing pada warga emas dalam pesawat

“Dia membuka zip seluar dan membuang air kecil ke arah saya sambil mendedahkan alat sulitnya. Pakaian, kasut dan beg saya habis terkena air kencing,” katanya.

Tambah wanita berkenaan, selepas memberitahu kru penerbangan mengenai insiden itu, mereka gagal mengambil tindakan ke atas penumpang tersebut.

Penumpang itu bahkan bebas berjalan sejurus pesawat mendarat di New Delhi.

“Kru penerbangan tidak proaktif dalam menguruskan situasi yang amat sensitif dan menimbulkan trauma,” ujarnya.

Tindakan ke atas penumpang lelaki berkenaan hanya diambil selepas wanita berkenaan menulis surat kepada pemilik syarikat penerbangan Air India tersebut.

Sehubungan itu, Air India telah mengenakan larangan selama sebulan ke atas penumpang lelaki terbabit serta membuat laporan polis ke atasnya kerana membuang air kecil ke arah wanita berumur 71 tahun dalam keadaan mabuk.

Satu jawatankuasa dalaman turut ditubuhkan bagi menyiasat dakwan mengenai kesilapan daripada pihak kru penerbangan serta kelemahan dalam menyelesaikan situasi itu dengan segera.

Baca Lagi:
Untung berganda-ganda, syarikat ini umum bonus 120 bulan gaji kepada pekerja
Budak 9 tahun hidup seksa melecur separuh badan tanpa rawatan terbongkar!
Datuk A. Aida kecewa kontrak perkhidmatan ahli lembaga Finas ditamatkan