Lelaki lumpuh lepas makan banyak ayam dimasak gadis-gadis yang ingin memikatnya

Lelaki lumpuh lepas makan banyak ayam dimasak gadis-gadis yang ingin memikatnya

Lelaki lumpuh lepas makan banyak ayam dimasak gadis-gadis yang ingin memikatnya. eorang lelaki yang menjadi rebutan ramai gadis-gadis akhirnya mengalami lumpuh pada kaki selepas dilaporkan makan terlalu banyak ayam yang dimasak oleh beberapa wanita yang ingin memikatnya.

Menurut laman berita Tuko, lelaki bernama Ndayishimiye Fidel, 25, dari Kigali, Rwanda menjadi rebutan ramai gadis hinggakan beliau terpaksa membuat pertandingan.

“Saya menjadi dewasa dan ramai gadis mula menyukai saya. Mereka semua menyukai saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya,” kata Ndayishimiye Fidel.
Lelaki lumpuh lepas makan banyak ayam dimasak gadis-gadis yang ingin memikatnya

Gambar hiasan

Fidel membuat pertandingan masakan yang mana wanita-wanita itu perlu memasak sebelum Fidel memilih seorang untuk dijadikan isteri.

Menurut bapa Fidel, mengikut budaya mereka jika seorang lelaki makan ayam yang dimasak seorang wanita, maka dia perlu mengahwini gadis itu.

Namun suatu hari, dia mendakwa anaknya itu terlalu banyak makan ayam yang dimasak oleh wanita-wanita yang menyukainya itu hingga menyebabkan kakinya menjadi lumpuh.

Akibat daripada itu, Fidel kini memilih untuk membujang seumur hidup selepas apa yang terjadi kepadanya ini.

Baca Lagi:
Penunggang motosikal berambut pink buat provokasi di jalanraya diburu polis
Wanita ini ikhlas bagi suami kahwin lain, tapi syaratnya buat suami jadi meroyan
Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain
CATEGORIES