Lelaki lamar kekasih siap sarung cincin di stadium rupanya isteri orang anak satu

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki lamar kekasih siap sarung cincin di stadium rupanya isteri orang anak satu.

Satu klip video tular yang memaparkan seorang lelaki melamar kekasihnya di sebuah stadium bola sepak telah mencetuskan kekecohan di media sosial, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @gilangcumasatu, pasangan kekasih itu dilihat berdiri di tengah-tengah stadium. Lelaki tersebut kemudian berlutut sambil menyarungkan cincin tunang kepada kekasihnya di hadapan orang ramai.

Lelaki lamar kekasih siap sarung cincin di stadium rupanya isteri orang anak satu

Rakaman yang sama turut menunjukkan orang ramai bersorak melihat peristiwa romantis tersebut.

Bagaimanapun, detik bahagia itu bertukar menjadi sedih apabila diketahui bahawa wanita tersebut sebenarnya sudah bersuami dan mempunyai anak.

Video itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Semoga sampai ke pelamin,” sindir seorang netizen.

“Tak jadi iri hati,” sindir netizen lain.

Baca Juga:
“Sebagai pengajaran saya kongsi muka dia” – Baby Shima terkejut terima mesej lucah dari remaja bawah umur
Teka bendera salah, warga emas kena sapu bedak di muka
Ramai kagum lihat lelaki ini buat tudung saji guna botol plastik besar