Lelaki kongsi video masak nasi goreng ikan bilis atas ‘Tower crane’ raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki kongsi video masak nasi goreng ikan bilis atas ‘Tower crane’ raih perhatian ramai.

Pekerjaan di tapak pembinaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana pekerja terdedah kepada banyak risiko.

Malah, pekerjaan di tempat tinggi juga merupakan satu cabaran buat pekerja. Hal ini kerana ramai yang mungkin berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi.

Lelaki kongsi video masak nasi goreng ikan bilis atas 'Tower crane' raih perhatian ramai

Namun, itu tidak berlaku bagi seorang lelaki yang berkongsi videonya sedang memasak di atas tower crane yang tinggi ketika sedang berehat.

Tunjuk Masakan Siap Di Atas Tower Crane Semasa Waktu Rehat

Menerusi video TikTok di akaun @sgtowercrane, seorang lelaki yang bekerja di tapak pembinaan di Singapura berkongsi situasi ketika dia sedang bekerja.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sedang menyediakan beberapa bahan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah dia sebenarnya sedang memasak di atas menara crane tersebut.
Difahamkan, dia sedang memasak lauk nasi goreng ikan bilis untuk makan tengah hari. Dia juga dilihat sudah mempersiapkan bahan-bahan nasi goreng tersebut yang kemudiannya dimasak di atas periuk elektrik.

Malah, sebelum itu, dia sempat memesan air berkarbonat daripada rakannya yang dihantar dari bawah.

@sgtowercrane Simple Nasi Goreng Ikan Bilis for lunch in Tower Crane. ✅ Check out my showcase to grab the electric pot. #nasigoreng #towercraneoperator #nasigorengsimple ♬ original sound – The Heavy Lifter🪝

Baca Lagi:
Pelawak terkenal ditahan di Jeddah, disyaki bawa ganja?
Main ‘Game’ tiada masa depan? Individu ini buktikan main ‘Game’ boleh jana pendapatan RM31 juta
“Akhirnya ada juga kedai macam ini dekat Malaysia”- Kedai Nasi Bukit Padang Jawa raih perhatian ramai