Lelaki kongsi video kerja ‘tukang batu’ di UK dapat RM900 sehari, ramai netizen berminat mencuba

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki kongsi video kerja ‘tukang batu’ di UK dapat RM900 sehari, ramai netizen berminat mencuba.

Tukang batu bukanlah satu profesion yang diminati oleh rakyat Malaysia, dan jika ada pun, jumlahnya boleh dikira dengan jari sahaja.

Namun, selepas ini mungkin ramai yang akan berubah fikiran selepas melihat tawaran gaji yang diberikan oleh syarikat di United Kingdom untuk kerja sebagai tukang batu terlatih.

Lelaki kongsi video kerja 'tukang batu' di UK dapat RM900 sehari, ramai netizen berminat mencuba

Seorang lelaki yang dikenali sebagai @gamispukak di TikTok telah berkongsi video suasana bekerja sebagai tukang batu di bawah sebuah syarikat di sana.

Apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen pada video tersebut yang mendedahkan mereka dibayar gaji setinggi RM900 sehari. Malah, dia mendedahkan gaji minimum sehari bermula £146 untuk individu bergelar tukang batu profesional.

Dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki itu sedang menyusun batu-bata, membersihkan serpihan simen lama, serta meratakan mana yang perlu.

Lelaki ini dipercayai menjadi wakil kepada sebuah pusat latihan yang berpusat di Sabah dan sedia melatih bakat tempatan sehingga menjadi profesional serta diterima bekerja dengan syarikat-syarikat besar di UK.

@gamispukak97 daftar sekarang di BORNEO BRICKLAYING EXCELLENT CENTER @myikmkk #borneo #malaysia #worldskills #roadtouk #bricklaying #bricklayer #builder #perantau ♬ Laskar Pelangi – Nathania Karina & TRUST (Trinity Youth Symphony Orchestra)

Susulan perkongsian lelaki itu, ramai netizen yang memberi perhatian dan rata-rata rakyat Malaysia meluahkan minat yang mendalam untuk menjadi tukang batu terlatih sepertinya, terutamanya kerana gaji yang lumayan dan hasrat untuk mengubah hidup keluarga.

Dalam pada itu, lelaki yang memuat naik video tersebut menekankan bahawa setiap individu yang mahu menceburi profesion itu perlulah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu semasa latihan sehingga ia selesai.

Ada juga yang menasihati netizen untuk berfikiran rasional kerana perlu mengambil kira kos sara hidup dan cukai yang tinggi di sana. Bagaimanapun, bagi mereka yang pernah bekerja pula, mendedahkan bahawa kebanyakan keperluan asas sudah ditampung sepenuhnya oleh syarikat berkaitan.

Baca Lagi:
Orang ramai kecoh penyu sesat naik ke jalan raya di Dungun
Syarikat bagi ganjaran duit untuk staf bujang bercinta
Rakyat Malaysia boleh cuba, ini senaraj pekerjaan ‘High Demand’ di Singapura