Lelaki kongsi perjalanan turun berat dari 130kg ke 78kg, hilang 52kg!

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki kongsi perjalanan turun berat dari 130kg ke 78kg, hilang 52kg!

Itulah pesanan seorang pengguna Facebook yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 52 kilogram.

Kata-kata itu diungkapkan Nizam Shatar ketika dia berkongsi perjalanan dan diet yang diamalkan untuk menjadi lebih sihat, dua hari lepas.

Lelaki kongsi perjalanan turun berat dari 130kg ke 78kg, hilang 52kg!

Dalam perkongsiannya yang dibuat di kumpulan Fb Diet Suku-suku Separuh, perjalanan untuk menurunkan berat badan itu bermula pada 2017, ketika dia berusia 25 tahun.

Kini, selepas enam tahun dan sudah berumur 31 tahun, dia merasakan semua usaha itu berbaloi, lebih-lebih lagi faedah kesihatan yang dinikmatinya sekarang.

Hasil daripada penjagaan makanan dan diet yang diamalkan, penyakit diaebetes yang dialaminya telah berkurang dan paras gula menjadi normal.

“130kg ke 78kg. Perjalanan mengurangkan berat badan bermula pada umur 25 tahun dan sampai sekarang sudah 31 tahun.

“Ada masa naik turun, ada masa plateu. Dari bacaan gula cecah 18, hba1c 13.6 positif diabetes dan sekarang hba1c 5.5 normal (reverse/remission diabetes),” kongsi Nizam.

Tidak memliki tip khusus untuk turungkan berat badan

Katanya lagi, dia tidak mengamalkan diet yang khusus, sebaliknya pernah melakukan semua diet yang diketahuinya.

Namun dia percaya bahawa minda yang sihat dan tidak tertekan merupakan salah satu cara terbaik untuk menjadi sihat.

“Dekat sini tidak ada tip sangat nak kongsi sebab semua jenis lose weight aku cuba. Keto, intermittent fasting, deficit calories, cardio workout, weight training workout and seangkatan dengannya.

“Cuma aku boleh bagitau, nak kurangkan berat dan sihat ini jangan stress, jangan paksa diri, jangan ikut orang.

“Sebab lain orang, lain cara. Ikut kesesuaian and keupayaan diri. Jangan terlalu percaya pada mana-mana produk,” kongsi Nizam lagi.

Perjalanan turun berat, dari 130kg ke 78kg

Dalam pada itu, Nizam turut menasihatkan mereka yang ingin mengurangkan berat badan agar tidak mudah mengalah terutamanya apabila berat tidak mahu turun.

Sebaliknya, mereka disaran mengukur ukuran pinggang, lengan, peha dan dada kerana disitu mungkin ada menunjukkan penurunan.

“Jangan mudah putus asa bila dah buat semua tu timbang berat tak turun-turun. Cek ukuran pinggang, lengan, peha, perut, dada sekali sebab ramai yang aku jumpa putus asa sebab timbang berat tak turun-turun.

“Nawaitu kena betul dan jangan nk cepat kejar proses. Akhir kata, what you eat is what you become in future.

“Jadikan makanan anda sebagai ubat sebelum ubat jadi makanan anda,” kata Nizam mengakhiri perkongsian.

Baca Juga:
Geng ‘Basikal’ keras kepala tetap mahu duduk di Koc wanita undang pertikaian netizen
Lelaki ganti kekasih duduki peperiksaan, menyamar jadi wanita siap pakai lipstik
Wahab J-KOM saman Chegu Bard RM5 juta