Lelaki kongsi perangai mak ayah ketika hantar anak ke sekolah, inilah punca sebenar jadi jalan sesak

Lelaki kongsi perangai mak ayah ketika hantar anak ke sekolah, inilah punca sebenar jadi jalan sesak

Seorang lelaki berkongsi pendapatnya mengenai sikap ibu dan ayah yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap pagi.

Dalam hantaran tersebut, lelaki itu menyenaraikan ‘aktiviti’ biasa yang dilakukan ibu dan ayah ketika menghantar anak ke sekolah, antaranya, memberhentikan kereta, membukakan pintu, memakaikan beg sekolah dan pelbagai lagi.

Ada parent jenis dia akan hentikan kereta, turun kereta, bukakan pintu utk anak, pakaikan beg sekolah kat anak, ambik beg bekal bagi kat anak, buka wallet bagi duit sekolah kat anak, bagi sedikit amanat… …dan motivasi kat anak dia, akhirnya dia salam peluk cium anak.

Lelaki kongsi perangai mak ayah ketika hantar anak ke sekolah, inilah punca sebenar jadi jalan sesak

Selesai semua salam jamaie salam wida’ doa wehdah semua baru dia masuk balik kereta dan berlalu.

Berikutan ‘sayangnya’ ibu ayah terhadap anak mereka itu setiap pagi, ramai pula yang tersangkut kerana terpaksa menunggu dalam menghadap kesesakan lalu lintas.

“Aku yang kat belakang dia ni panas jer beratur bersusun berpuluh kereta kat belakang dia tak leh nak lalu,” ngomelnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan lelaki itu yang geram dengan sikap ibu bapa yang dilihat seperti mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain.

Baca Juga:
Cara tanam cili sejambak, Memang cantik dan merimbun!
Selepas tular video ‘perang mulut’ antara dua individu, Lembaga Maktab Mahmud nafi wujud kartel
Lelaki menyesal duit KWSP RM700k kerja selama 30 tahun habis dalam masa 3 tahun, anak dan cucu dipersalahkan sebab tak bagi duit belanja
CATEGORIES