Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus

Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus

Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus.

Beberapa hari lalu seorang netizen Amar Aziz berkongsi pengalamannya berurusan dengan Pejabat Tanah di Taiping yang dianggap penuh dengan karenah birokrasi.

Amar menulis: Jujur aku kongsi pengalaman sendiri.

Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus

Gambar hiasan

“Pejabat Tanah Taiping.

“Jam 1630.

“Tujuan nak tanya mengenai status sebidang tanah. Dari satu kaunter ke satu kaunter. Semua tak tahu siapa punya tanah dan punca kuasa siapa untuk menjawab status tanah tu.

“Sampailah di kaunter terakhir.

“Being a government officer adalah satu benda yang paling menakutkan sekarang. Sebab selalu kena kecam. Kaunter ada 9, tapi bukak 2 je. Customer masih ramai, tapi kaunter dah tutup.

“Pernah tak kita terfikir apa sebenarnya yang berlaku? Diorang pergi mana. Rehat ke, solat ke.

“’Kak, saya nak tanya mengenai tanah ni?’. Dalam office tu ada 3 orang wanita.

“Meja kaunter kosong. Meja baris kedua ada staff dengan fail bertimbun, dia masih tekun menghadap. Meja baris paling belakang ada dua makcik umur lingkungan awal 50. Mereka sedang makan kacang rebus.

“’Salam Kak, saya nak tanya siapa ni’, ‘datang la ke depan ini’.

“Dah 4.30, kaunter tutup.” Dia jawab.

“Office tutup pukul 5 kan?” Aku balas

“Sistem dah tutup, tak boleh nak buat carian dah.”

“Kalau akak duduk belakang tu, macam mana nak tengok fail saya ni?”

“Diorg masih mengunyah kacang. ‘Takpe, bgtau je nak tahu status apa?’ Macam ahli nujum dia punya jawab

“Dah lebih dari 3 cawangan dekat sini saya pergi, seorang pun tak boleh jawab kak. Mai la sat kat kaunter ni, tengok dokumen saya.”

“Tak berganjak sikit pun. Yang staf di meja penuh fail masih tekun tak bergerak. ‘Datang esok je dik. Dah nak tutup ni’
“Kalau dari tadi akak datang tengok apa yang saya nak tanya ni, mesti dah settle daripada akak mengunyah kacang kat belakang tu dalam waktu kerja ni. Berkat ke kerja macam ni?’

“Aku terus blah dan sampai sudah aku tak dapat jawapan untuk status tanah tu. Ini pengalaman aku sendiri dengan pejabat kerajaan. Betul salah aku, datang pukul 4pm, tapi kalau rasa nak tutup 4.30pm jangan letak Waktu Urusan Pejabat 9am hingga 5pm. Tulis je sampai 3pm. Kita pun faham.”

Perkongsian itu menarik perhatian ramai. Ada yang menganggap pengalaman berurusan dengan Pejabat Tanah tidak begitu banyak bezanya di tempat lain. Selalunya banyak karenah dan banyak songeh.

Masalah sistem dah tutup seringkali menjadi antara kesulitan dihadapi pekerja di Pejabat Tanah.

Alan berkata: “Kalau bab pejabat tanah, peguam pun boleh putus asa sebenarnya.

Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus

Amir Says kemudian berkongsi pengalamannya:

“Berdasarkan pengalaman sendiri di pejabat tanah rahsia.

“1. Sebab segala urusan masih manual. Tiada sistem langsung. Contoh nak isi borang untuk tukar hak milik tanah pun kena dakwat hitam cair, nak cross (tidak berkaitan) pun kena pakai pembaris tak boleh panjang/pendek sangat.

“2. Untuk sekatan PTG, perlu sign PTG dulu baru boleh tukar nama. Biasanya 2 minggu untuk minta sign PTG.

“Aku kerja swasta kalau nak minta sign bos ketuk pintu bilik bos minta dia sign 5-10 min je. Kenapa pej tanah ambil masa 2 minggu? Kalau pengarah selalu outstation takkan tak boleh delegate?

“3. Kena tukar kaunter untuk urusan yang sama. Lepas isi borang, aku kena pergi kaunter dekat wing lain untuk jumpa pegawai lain.

“Pegawai tu akan check satu persatu form aku isi, cop dan sign setiap helai. Kenapa tak boleh pegawai yang tadi sign terus ek?

“4. Pejabat tanah nie seolah olah menyarankan kita guna khidmat runner. Kenapa ek? Jangan cakap sebab nak bagi peluang pekerjaan pulak.

“Hahaha. Siap cakap ‘nak senang pakai runner laa RM150 je. Xde laa abg nak kena sign borang, pegi LHDN lagi, bla bla’.

“Dalam hati aku, kalau cara kerja korang digital selari dengan 2024 nie, tak wujud pun runner tu.”

Banyak lagi berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan Pejabat Tanah.

Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus

Ada yang lebih kecewa apabila kelewatan proses di Pejabat Tanah membuatkan harta terpaksa difaraid.

Lelaki kongsi pengalaman buruk berurusan di pejabat tanah, nak tanya status tanah pun susah, staf siap makan kacang rebus

Walaupun ramai yang meluah pengalaman tidak menyenangkan berurusan dengan Pejabat Tanah, namun ramai juga yang menyatakan ada masih banyak Pejabat Tanah yang memudahkan urusan mereka.

Dan beliau beranggapan sistem bukan masalah utama tetapi lebih kepada sikap pegawai yang terlibat.

Sumber

Baca Juga:
Warga emas cedera dibelasah cucu jiran selepas tegur bakar sampah
Atuk usia 86 tahun syukur pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati
Pemilik video tampil beri penjelasan selepas tular wanita pakai baju sama dengan pengantin
CATEGORIES