Lelaki kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi.

“Saya tak fikir panjang dan terus terjun untuk selamatkan wanita itu selepas melihatnya hanyut dibawa arus deras.”

Demikian kata kontraktor berusia lingkungan 50-an, Choo Ngiam Choong, menceritakan detiknya menyelamatkan wanita yang dihanyutkan arus deras bersama kereta selepas kenderaan itu terbabas ke longkang.

Lelaki kongsi detik cemas terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi

Ngiam Chong disifatkan ‘hero’ apabila video detik cemas itu tular memaparkan aksinya terjun ke longkang dengan arus deras berhampiran Jalan Bukit Samsu Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, sebelum membantu menyelamatkan mangsa yang berisiko hanyut.

Bercerita lanjut, katanya, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, dia dalam perjalanan menikmati sarapan pagi dari Kota Tinggi menuju Mawai, sebelum menghentikan kenderaan sebaik melihat rakannya menghentikan kereta.

Murid Tahun Lima ditemui lemas, rakan masih hilang
Katanya, dia terkejut mendapati sebuah kereta hanyut dalam longkang dengan dua wanita turut dihanyutkan arus deras.

“Seorang wanita sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hanyut… melihatkan berisiko untuk lemas, saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam berada di tempat kejadian juga membantu.

“Saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya.

Anak ke-10 daripada 12 beradik dan berasal dari Kota Tinggi itu berkata, dia juga bersyukur tidak mengalami kecederaan ketika membantu mangsa berkenaan.

“Saya memang pandai berenang dan pernah meredah kawasan bukit serta mencabar sebelum ini.

“Syukur saya memiliki stamina untuk bantu mangsa itu.

“Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang tiada penggantinya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus dengan seorang wanita dilihat berpaut pada bahagian belakang kenderaan itu sambil meminta tolong.

Baca juga:
Terbabas dalam longkang besar, wanita berpaut pada Myvi diselamatkan dua lelaki
Suami meninggal dunia angkara pemandu bongkak halang beri laluan pada ambulans
Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama