Lelaki kesal martabak yang dibeli untuk berbuka puasa hangus rentung

Lelaki kesal martabak yang dibeli untuk berbuka puasa hangus rentung

Lelaki kesal martabak yang dibeli untuk berbuka puasa hangus rentung. Hajat seorang lelaki untuk berbuka puasa dalam keadaan tenang tidak kesampaian apabila martabak yang dibeli dari sebuah premis dalam keadaan ‘rentung’ dan hitam.

Menerusi perkongsian status dan gambar dalam Facebook oleh Jebon Hisham Shahrul, lelaki itu meluahkan rasa kesalnya selepas melihat juadah yang dibeli dengan paparan beberapa keping martabak hangus.

“Kau susun elok-elok bertingkat, sedap bau, sampai rumah nak hidang habis rentung rupanya,” tulisnya.

Lelaki kesal martabak yang dibeli untuk berbuka puasa hangus rentung

Individu berkenaan juga menganggap apa yang berlaku itu sebagai dugaan buat dirinya pada hari pertama berpuasa semalam.

“Nak carut hilang pahala, nak pulangkan rasa tak berbaloi, kita makan sahaja lah waktu berbuka puasa nanti,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi ‘kesedihan’ dengan pengalaman pahit yang dilalui oleh lelaki berkenaan.

“Hahahah, martabak Jepun ni,” tulis Din Bgg.

Keno Ariff pula bergurau dengan mengatakan, ‘ini kena buatan orang ni, ilmu hitam’.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan menerima 4,100 tanda suka dan 622 perkongsian daripada orang ramai.

Baca Lagi:
Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan
Suami handsome isteri cantik, tak sangka pengotor tahap gaban
‘Jangan biarkan mereka malukan JAWI’ – Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar
CATEGORIES