Lelaki kena patuk di ular atas dahi santai buat ‘Review’

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki kena patuk di ular atas dahi santai buat ‘Review’.

Umum sedia maklum bahawa ramai dalam kalangan masyarakat yang gemar menerokai hutan dengan melakukan aktiviti mendaki (hiking), berkhemah, dan pelbagai aktiviti lain.

Bagi golongan ini, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah cuaca, keselamatan diri, lokasi mendapatkan sumber air bersih, kelengkapan barang keperluan dan banyak lagi.

Lelaki kena patuk di ular atas dahi santai buat 'Review'

Namun, kerana berada di hutan, sudah pasti anda perlu lebih berhati-hati kerana berisiko terserempak dengan haiwan liar.

Lelaki Dipatuk Ular Daun Ketika Berada Dalam Hutan, Siap Buat Reviu!

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Instagram yang memaparkan seorang lelaki dari Indonesia yang berdepan detik cemas apabila dipatuk oleh seekor ular pucuk atau ular daun di dalam hutan.

Dalam video tersebut, kelihatan ular tersebut sedang mematuk dahi lelaki itu. Dalam masa yang sama, lelaki itu memegang ular tersebut dengan sebelah tangannya.

Kebiasaannya, orang lain akan berasa panik dan keliru jika berada dalam situasi sebegitu. Namun, berbeza dengan pemuda ini, dia sempat membuat reviu walaupun sedang sakit akibat dipatuk ular!

“Aduh, tertarik (dahi). Jadi lebih baik saya kasi reviu gigitan ni memandangkan saya dah pun dipatuk. Gigitannya tu pedih, rakan-rakan, ini tak disarankan untuk beginners,” katanya dalam keadaan masih dipatuk ular tersebut.

“Ular ini tarik dahi saya. Kalau saya tarik ular ni, ia akan gigit dahi saya lebih lagi,” tambahnya.

Selepas beberapa ketika bersabar menunggu, ular itu akhirnya melepaskan patukannya di dahi lelaki berkenaan.

Untuk pengetahuan, ular daun ini mempunyai bisa. Namun ia tidak berbahaya kepada manusia, sebaliknya hanya boleh membunuh haiwan-haiwan kecil seperti katak atau burung.

Ramai Terhibur Lihat Lelaki Kekal Tenang Dipatuk Ular

Lelaki kena patuk di ular atas dahi santai buat 'Review'

Melihat ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat lelaki yang tetap tenang dan sempat membuat reviu semasa dipatuk ular daun tersebut.

“Boleh buat reviu benda lain kan? Reviu kena patuk ular juga kau nak buat 😂😭,” kata seorang netizen.

Ramai juga yang berjenaka selepas melihat situasi tidak terduga itu.

“Botox asli, terus datang daripada sumbernya,” ujar seorang pengguna Instagram.

Sementara itu, ramai juga yang memuji lelaki tersebut kerana tidak panik dan tetap mengendalikan situasi dengan tenang.

“Dia punya tahap sabar, ketenangan, komen lawak memang segalanya,” jelas seorang wanita.

Baca Juga:
Khas buat kaki camping dalam hutan, kalau jumpa ‘tempat ini’ tolong beredar segera
Cik Epal buat ‘live’ jual kambing perap, ramai puji cantik siap hantar resume ajak kahwin
Gempar! 43 ekor monyet untuk kajian penyakit terlepas dari pusat penyelidikan