
Lelaki ‘kantoi’ isteri lihat kad kahwin suami dengan wanita lain
Lelaki ‘kantoi’ isteri lihat kad kahwin suami dengan wanita lain. Hati wanita mana tidak hancur luluh apabila mengetahui dirinya dimadu apabila suaminya melangsungkan perkahwinan baharu dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Azah, 34, berkata, rahsia disimpan suaminya itu mula dihidu selepas usia perkahwinan mereka mencecah usia enam tahun.
“Secara kebetulan, kami tinggal berjauhan memandangkan saya bekerja di sini, manakala suami menjalankan perniagaan sendiri di Muar, Johor.

Gambar sekadar hiasan
“Walaupun tinggal berjauhan, namun perkahwinan dibina kami bahagia dan diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki,” katanya kepada Sinar Ahad.
Azah berkata, dia cuba menyedapkan hati dan mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila suaminya makin berubah dan sukar dihubungi.
“Akhirnya semua terbongkar apabila salah seorang daripada rakan kami berdua tanpa sengaja menunjukkan kad per-kahwinan dan bertanya perkara itu kepada saya,” katanya.
Menurut Azah, dia memang terkejut dan sedih melihat kad perkahwinan tertera nama suaminya dengan wanita lain.“Selepas itu saya cuba mendapatkan kepastian daripada suami, namun dia menafikan perkara tersebut dan mendakwa rakannya dengki kepada dirinya
“Untuk menipu dan terus mengaburi mata saya, suami sanggup pulang ke Alor Setar selepas malam perkahwinan dia dengan orang ketiga itu,” ujarnya.
Bagaimanapun, Azah berkata, selepas itu, suaminya langsung tidak pulang selama setahun ataupun membalas mesej ataupun menjawab panggilannya.