Lelaki Jepun selamber jer daki Gunung Kinabalu pakai sut

Lelaki Jepun selamber jer daki Gunung Kinabalu pakai sut

Lelaki Jepun selamber jer daki Gunung Kinabalu pakai sut. Seorang lelaki warga Jepun tular di media sosial apabila videonya lengkap berpakaian sut dilihat mendaki Gunung Kinabalu dalam keadaan bersahaja.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rogonnabalu_25 kelihatan pada mulanya lelaki dikenali Nobutaka Sada berkata, dia ada ‘mesyuarat’ di atas puncak gunung tersebut.

Nobutaka dengan lengkap berpakaian sut, bertali leher, memakai kasut kulit dan membawa beg bimbit juga berjaya mendaki ke puncak sebelum turun semula tidak lama selepas itu.

Lelaki Jepun selamber jer daki Gunung Kinabalu pakai sut

Bagaimanapun, ia sebenarnya hanyalah gimik untuk mempromosikan sut yang dipakainya sewaktu mendaki.

“Dalam perjalanan pulang, di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, tiba-tiba ada orang tanya ‘awak panjat Gunung Kinabalu pakai sut tu?’

“Seseorang bertanya kepada saya dan saya fikir macam mana dia tahu. Kemudian orang itu berkata dia melihat video saya tular di TikTok.

“Kemudian saya membuat carian dan melihat video saya yang dimuat naik oleh seorang warga tempatan telah tular di TikTok,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 141,700 tontonan, 13,600 tanda suka dan 2,215 perkongsian.

@rogonnabalu_25 #Fyp #malim #dudukje #CapCut #erasabah #kundasangsabah ♬ bunyi asal – gansau gansau

Tinjauan di ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang kagum dengan Nobutaka yang boleh dianggap telah mencipta sejarah apabila mendaki gunung dengan berpakaian formal.

“Serius, kasut dia mesti selesa. Kalau aku pakai kasut mendaki macam itu, mesti sakit tapak kaki,” komen Bro Sharil.

@rogonnabalu_25 #kundasangsabah #erasabah #CapCut #dudukje #malim #erafmsabah ♬ Aiya Susanti Perempuan banyak muda Remix – Risad Remix

“Santai sahaja dia pakai sut pergi naik gunung. Kalau kita ini, segala benda nak diangkut dalam beg siap pakai tebal-tebal,” komen seorang pengguna.

“Sampai puncak pun masih ‘maintain’ kemas, betul-betul santai macam pergi pejabat,” komen pengguna yang lain pula.

@rogonnabalu_25 Membalas kepada @jiransebelahrumahu #erafmsabah #malim #CapCut #erasabah ♬ Gak Usa Malu Hidup Susah X Senggol Dong – Afrian AF

Baca Lagi:
Bapa ‘sporting’ ajar anak gadis jalan ke pelamin
Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali
Cemburu bawa padah, suami sebar gambar bogel isteri di Facebook dan WhatsApp
CATEGORIES