Lelaki jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa syiling emas pertama England

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa syiling emas pertama England.

Seorang pengesan barang logam menjadi kaya sekelip mata selepas menemukan salah satu daripada kepingan syiling emas pertama England.

Syiling emas yang memaparkan gambar Raja Henry III itu dijual pada harga 648,000 pound (RM3.7 juta) dalam acara lelongan, sekaligus mencipta rekod dunia.

Lelaki jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa syiling emas pertama England

Lapor Daily Mail, Michael Leigh-Mallory menemukan syiling emas itu menerusi alat pengesan logamnya di sebuah tanah ladang di Hemyock, Devon pada September tahun lalu. Syiling emas yang berasal dari sekitar tahun 1257 itu dilaporkan berukuran kurang daripada 2.5 sentimeter.

Dilaporkan, hanya terdapat lapan keping syiling itu yang berjaya dikesan setakat ini, dengan kebanyakannya disimpan di muzium.

Malah, syiling emas ini dianggap sebagai yang pertama ditemukan dalam tempoh 260 tahun.

Leigh-Mallory tidak menyedari nilai luar biasa syiling itu sehingga memuat naik beberapa gambar dalam Facebook sebelum dihubungi firma lelongan, Spink & Son dari London.

Menurut pakar, permukaan syiling Raja Henry III itu memaparkan potret ‘sebenar’ seorang Raja Inggeris di atas takhtanya sejak era William the Conqueror.

Harga syiling itu mencecah 540,000 pound (RM3.04 juta) dan bayaran tambahan menjadikan jumlah terakhir dibayar oleh pembeli warga Britain adalah sebanyak 648,000 pound.

Baca Juga:
Pemain wanita China terkejut dilamar di luar gelanggang selepas menang emas, terima cincin pertunangan
Muka berubah kelihatan cantik, pelakon Enot sangkal dakwaan lakukan pembedahan kosmetik
Video tular Mek Yun bersama bapa, abang tunjuk kebolehan menulis jawi raih pujian ramai