Lelaki intai isteri jiran mandi kena cekup polis. Kegiatan seorang lelaki mengintai isteri jirannya mandi di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang akhirnya memakan diri apabila dia ditahan semalam (3 April).
Perbuatan itu diketahui oleh mangsa pada jam 8 pagi selepas mendapat video yang dirakam oleh anak jirannya yang memaparkan tindakan individu berkenaan sedang ligat mengintai dari bahagian belakang bilik mandi wanita tersebut.
Terkejut dengan video diterima, mangsa maklum pada polis sebelum lapor polis
Terkejut dengan video yang diterima melalui aplikasi WhatsApp, wanita itu lalu segera memaklumkan kepada suaminya sebelum ke balai polis untuk membuat laporan.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi kenyataan menyatakan, individu yang berusia 32 tahun tersebut telah diberkas oleh pihak polis sebaik sahaja laporan diterima.
“Hasil soal siasat mendapati suspek sudah beberapa kali mengintai mangsa.
“Suspek direman sehingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” jelasnya dipetik Harian Metro.