Lelaki ini terselamat sempat keluar sebelum mesin baju meletup di kedai dobi

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki ini terselamat sempat keluar sebelum mesin baju meletup di kedai dobi. Sebuah kedai dobi musnah selepas salah satu mesin basuh baju di dalamnya terbakar dan meletup.

Letupan berlaku beberapa saat selepas seorang lelaki meninggalkan premis itu.

Rakaman CCTV yang dipasang di dalam bangunan itu menunjukkan lelaki itu keluar dari kedai dobi dengan membawa beberapa beg di tangannya, manakala mesin basuh beroperasi di belakangnya.

Beberapa saat kemudian, pintu mesin basuh terbuka, beberapa pakaian terjatuh dan satu letupan berlaku diikuti beberapa mesin lain yang menjadi bola api.

Lelaki ini terselamat sempat keluar sebelum mesin baju meletup di kedai dobi

Insiden mencemaskan itu berlaku sekitar 7.30 malam waktu tempatan dan didengar oleh orang ramai yang berdekatan.

Video yang dikongsi Only Bangers di Twitter itu meraih pelbagai reaksi netizen.

Ramai berpendapat lelaki itu amat bertuah kerana sempat meninggalkan tempat itu sebelum insiden tersebut berlaku.

Laporan media tempatan mendakwa salah seorang pengguna meninggalkan alat pengecas untuk pemetik api di dalam pakaiannya yang dipercayai menyebabkan letupan.

Baca Lagi:
Driver Axia dicekup buat maksiat dengan kekasih dipercayai pelajar sekolah
Wanita terpisah 14 tahun dengan anak kandung minta bantuan netizen lakar wajah terkini anak
Anak Hamzah Zainudin kena dakwa