Lelaki ini tak menyesal tikam 3 beradik hingga ada maut kerana diejek ‘Kudis’.
Rudi Sihaloho (41), yang sebelum ini menikam tiga beradik kanak-kanak di Sumatera Utara telah membuat pengakuan tentang sebab kenapa doa berbuat demikian.
Rudi telah menikam tiga mangsa bernama Nathan Simarmata (7), Owen Simarmata (4) dan Daren Simarmata (1.5).
Daren Simarmata meninggal dunia. Sementara itu, dua orang lagi abangnya dalam keadaan kritikal.
Selepas menikam tiga beradik tersebut, Rudi Sihaloho segera menyerahkan diri ke balai polis.
Rudi mengakui tidak menyesal selepas menikam tiga kanak-kanak kecil itu. Dia mendedahkan bahawa dia sudah tidak tahan menerima ejekan daripada tiga beradik tersebut, menurut sumber Tribunnews.
Di mana ketiga tiga adik beradik itu dituduh biadap ke atasnya. Dia juga akui kecewa dengan sikap keluarga kanak kanak itu yang dianggap tidak pernah menegur perbuatan anak mereka.
“Tidak (menyesal). Ah, malas. Kerana tidak dapat ibu bapanya tadi.
“Bukan kerana dendam, tuan, kerana (mereka) asyik mengejek saya sehingga saya tidak boleh melakukan kerja.
“Sedikit demi sedikit, mengintai dari bawah jemuran, memanggil saya ‘kudis, kudis’, orang itu terus ketawa.
“Saya tidak dapat menahan emosi lagi, saya terus mengambil pisau dari dapur. Ya (puas hati), tidak (menyesal),” jelas Rudi dalam video berdurasi 1 minit 17 saat itu dengan pakaian lokap.
Menurut laporan lain, Rudi dan ibu bapa kanak-kanak tersebut sering bertengkar. Ini kerana Rudi sering memarahi kanak-kanak itu dan mereka mengadu kepada ibu bapa mereka.
Selain itu, Rudi dilaporkan mempunyai masalah mental dan sering diserang sawan. Dia mengalami tekanan yang teruk selepas ditinggalkan oleh isterinya dan tinggal seorang diri.
Rudi membantu abangnya berniaga di pasar.
Ibu bapa mangsa benar-benar terkejut dengan kejadian yang berlaku dan berharap Rudi dikenakan hukuman yang setimpal.