Lelaki ini kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor! “Periuk nasi sampai berkulat nasi dalam tu tak basuh”

Lelaki ini kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor! “Periuk nasi sampai berkulat nasi dalam tu tak basuh”

Lelaki ini kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor! “Periuk nasi sampai berkulat nasi dalam tu tak basuh”.

Rumahku, syurgaku!

Ungkapan itu membawa maksud kebahagiaan bermula dari tempat tinggal yang bersih, kemas dan sedap mata memandang yang akan membawa kepada ketenangan jiwa dan minda.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan setiap daripada kita pasti pernah berdepan dengan individu yang tidak mengambil berat aspek kebersihan.

Lelaki ini kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor! "Periuk nasi sampai berkulat nasi dalam tu tak basuh"

Gambar hiasan

Begitulah juga dengan lelaki ini yang berkongsi pengalaman tinggal serumah dengan seorang yang pengotor.

“Ini antara red flag kalau rakan serumah kita tu tak boleh diharap tentang kebersihan. Berdasarkan pengalaman saya sendiri.

“Lepas makan tak cuci pinggan, letak je dalam singki. Pakai semula baju semalam, tak basuh pun walaupun banyak baju bersih yang lain.

Lelaki ini kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor! "Periuk nasi sampai berkulat nasi dalam tu tak basuh"

“Kerap tumpang kereta kau nak pergi mana-mana tapi tak pernah tolong tuang (isi) sikit minyak,” katanya.

Lelaki itu seterusnya mengatakan dia kini sudah serik untuk mempercayai manusia dan memilih untuk menetap berseorangan tanpa ada penghuni lain.

“Saya pernah pergi bercuti selama seminggu, bila saya balik, rasa nak menangis tengok keadaan dapur. Saya jenis tak memasak, jadi barang dekat dapur tu memang bukan saya guna.

Memang ada ya manusia jenis macam ni. Kebersihan diri terus hancur.

“Periuk nasi sampai dah berkulat nasi dalam tu. Terus saya buang periuk tu. Tak ada makna saya nak basuh-basuh dah. Geli sangat.

Lelaki ini kongsi pengalaman tinggal dengan housemate pengotor! "Periuk nasi sampai berkulat nasi dalam tu tak basuh"

“Itu kali pertama dan terakhir saya duduk menyewa dengan orang. Lepas tu kalau pindah mana-mana memang sewa sebiji rumah terus,” katanya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meluahkan perkara yang sama dan berasa penat menyewa dengan mereka yang lepas tangan dalam aspek kebersihan.

“Saya baru dua bulan sewa rumah seorang lepas dapat rakan sebilik yang teruk macam tu. Saya masak setiap hari tapi tak ada la sampai biar dapur kotor macam rumah dulu. Biar penat sikit tapi bersih.

“Tengah lalui sekarang. Mereka ni sanggup duduk dalam rumah dengan sampah tak buang sebulan. Kalau tak ada yang buang, aku juga la yang terpaksa pergi buang. Habis kontrak nak pergi sewa rumah seorang. Biar mahal tapi selesa.

“Kuali tak basuh, kulit telur biar dekat singki, bilik bau macam stokin masam. Memang ada ya manusia jenis macam ni. Kebersihan diri terus hancur.

“Rakan serumah aku pula tak tahu nak jaga kebersihan tandas. Gelinya nak mandi dekat rumah sendiri tengok keadaan jamban,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:
Jangan sentuh ubur-ubur biru kalau tidak mahu jadi macam ini
Datuk Seri Vida berhasrat beli kelab Kelantan FC, Norazam kata boleh datang jumpa cadang harga
Tak sampai sebulan ambil alih jawatan, Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan
CATEGORIES