Lelaki ini jadi terkenal seluruh dunia selepas jadi pembeli no plat kereta paling mahal RM39 juta

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki ini jadi terkenal seluruh dunia selepas jadi pembeli no plat kereta paling mahal RM39 juta.

Bagi golongan kayangan di Emiriah Arab Bersatu, tidak lengkap koleksi kenderaan mereka tanpa nombor plat satu digit.

Seperti ahli perniagaan di Dubai ini yang menghabiskan jutaan wang untuk mendapatkan nombor plat peribadi bagi salah satu kenderaannya. Lelaki yang dimaksudkan ialah Balvinder Sahni.

Lelaki ini jadi terkenal seluruh dunia selepas jadi pembeli no plat kereta paling mahal RM39 juta

Dikenali juga sebagai Abu Sabah, Balvinder Sahni ialah pemaju hartanah asal India yang berpangkalan di Dubai dan pengerusi Kumpulan Syarikat RSG.Walaupun tersenarai sebagai salah seorang jutawan Dubai, beliau antara jutawan yang memiliki nombor plat bagus.

Sahni juga menjadi tumpuan bukan kerana kisah kejayaan atau perniagaan yang berkembang pesat tetapi kerana memiliki nombor plat paling mahal di dunia ketika itu pada 2016.Jelasnya, selepas pembelian itu tular Sahni tidak boleh keluar di khalayak ramai tanpa perlu berhenti kerana ada antara orang awam yang meminta mengambil gambar bahkan tidak kurang juga yang mengecamnya kerana membazirkan wang.

“Sukar, orang memberi komen tanpa mengenali saya,” katanya yang menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sederhana.

Pemaju hartanah Dubai itu sememangnya menginginkan nombor 5 dan membida pada harga AED 33 juta dirham (RM39 juta) di acara lelongan kerajaan. Masa itu, ia adalah salah satu jumlah terbesar yang pernah dibelanjakan untuk nombor plat.

Plat satu digit itu kini menghiasi dua daripada enam kereta Rolls Royce miliknya. Bahkan, itu bukan kali pertama Sahni membelanjakan wang yang banyak buat nombor pendaftaran kenderaan.
Sebelum ini, usahawan itu membeli nombor plat 9 dengan bidaan AED 24.5 juta (RM29 juta) pada acara lelongan 2015.

Kerana Dubai tidak mempunyai cukai pendapatan, Sahni berkata beliau melihat pembelian nombor lesen itu sebagai sumbangan kepada tabung awam. Beliau percaya wang itu akan disalurkan untuk amal dan ke arah menambah baik infrastruktur bandar.“Saya percaya untuk memberi kembali. Bandar ini telah memberi saya banyak,” jelasnya yang berhijrah ke Dubai ketika usia muda.

Menurut laman web rasmi syarikat RSG (Raj Sahni Group) ditubuhkan pada tahun 70-an sebagai perniagaan alat ganti automotif dan tidak lama kemudian menceburi sektor seperti hartanah, peralatan perindustrian dan pelaburan serta pembangunan hartanah.

Baca Juga:
Isteri maut ditikam suami ketika buat ‘live’ dan berkaraoke bersama keluarga
Pelancong China biadap baling jubah ke arah pegawal keselamatan Masjid Putra
Farid Kamil kongsi foto warkah istimewa untuk isteri, Diana Danielle pula muat naik video bakar surat