Lelaki ini dedah cara dapat duit RM6,000 sebulan bila orang beli rumah di Malaysia

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki ini dedah cara dapat duit RM6,000 sebulan bila orang beli rumah di Malaysia.

Hidup zaman ini memang mencabar, bukan? Duit sering kali dirasakan tidak mencukupi jika hanya bergantung pada satu pekerjaan. Terutamanya jika kita tinggal di kota dan sudah berkeluarga, walaupun bergaji tinggi, beban kos sara hidup tetap terasa. Gaji bulanan kadangkala tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan peribadi dan keluarga.

Jadi, tiada pilihan lain, terpaksa juga berusaha kuat dengan melakukan dua atau tiga pekerjaan sambilan. Apabila dapat duit lebih nanti, barulah kehidupan terasa lebih selesa.

Lelaki ini dedah cara dapat duit RM6,000 sebulan bila orang beli rumah di Malaysia

Namun, siapa sangka seorang pemuda menemui cara bijak untuk menambah pendapatan. Tanpa perlu berpenat lelah atau berjemur di bawah panas matahari sepanjang hari, Arieff Iqbal berkongsi caranya menjana pendapatan sampingan sehingga RM6,000 sebulan.

“Orang beli rumah, aku yang paling untung”

Bagaimana aku boleh memperoleh pendapatan sehingga RM6k sebulan apabila ada orang beli rumah di Malaysia? Kedengaran macam tidak logik, bukan? Tetapi inilah trik yang aku ingin kongsikan dengan korang semua yang pernah berdepan kesukaran seperti aku, sentiasa sesak di hujung bulan kerana tiada pendapatan sampingan.

Apa yang aku buat ini mungkin tak digemari oleh sesetengah orang. Aku buat affiliate, tapi bukan seperti affiliate yang biasa kita lihat, di mana orang menekan pautan di Facebook lalu ke platform jual beli. Bukan yang itu. Biar aku terangkan.

Affiliate yang aku lakukan ini adalah dengan memperkenalkan projek perumahan bawah UDA Holdings Berhad (UDA) melalui kempen ‘Be Our Partner (BOP)’. Pada mulanya, ia nampak susah – promote rumah untuk dapat duit tambahan? Lebih baik buat kerja sambilan yang lain. Aku pun berfikir begitu awalnya, sebab jual rumah bukan mudah.

Tapi aku kuatkan niat untuk cuba juga. Selepas membaca semua syarat yang ditetapkan, aku terus mempromosikan kepada kawan yang ada perancangan untuk membeli rumah. Bila kawan itu berminat dengan salah satu projek UDA, aku terus mendaftar melalui pautan BOP ini.

Aku tidak perlu lakukan apa-apa selain memperkenalkan prospek yang betul-betul berminat. Pasukan jualan UDA akan menguruskan segala-galanya hingga pembelian selesai. Selepas mereka menandatangani perjanjian jual beli, aku mendapat berita bahawa aku layak untuk menerima ganjaran. Mudah, bukan?

Rupanya, tidaklah susah sangat mempromosikan projek UDA kerana ia telah dibahagikan mengikut wilayah, jadi pasaran tidak terlalu sempit. Sebagai contoh, kawan aku di utara, aku kenalkan projek seperti Taman Sena Permai dan Mawar @ Taman Sultan Sallehuddin.

Untuk saudara terdekat seperti sepupu aku yang bekerja di Singapura, aku kongsikan tentang projek hangat di Wilayah Selatan seperti Areca 4B, Pisonia P3, Sedili Residensi, 21BizHub, dan UDA Heights 1C. Begitu juga, bila jumpa kawan di Wilayah Timur, aku promote projek Pelindung Heights (F1B P4) atau Kuala Terengganu Golf Resort F6P1.

Maksudnya, tak kira di mana anda tinggal, peluang buat duit tetap ada kerana projek UDA merata di seluruh negara. Contohnya, kalau aku jumpa rakan dari Sarawak, aku akan syorkan projek seperti Neu Pendington Apartment dan New Pendington Commercial Lot.

Di Wilayah Tengah pula, aku akan promote projek Dedaun Residensi, Akasia Raya, dan 38 Bangsar. Tidak semestinya tinggal di KL untuk jual hartanah di KL sahaja. Peluang buat duit ini terbuka luas.

Aku lakukan ini setiap bulan, konsisten mencari pelanggan yang berpotensi. Lepas waktu kerja, aku cari kenalan yang mungkin berminat dan kongsikan tentang projek-projek ini. Hujung minggu pula, aku keluar mencari pelanggan baru. Mana-mana yang betul-betul berminat, aku terus daftarkan nama mereka dengan UDA.

Bila ada yang melanjutkan dengan hartanah pilihan mereka, di sinilah aku mengutip komisen lumayan bagi setiap projek, asalkan rujukan itu datang daripada aku. Setakat ini, bayaran tertinggi yang pernah aku dapat daripada UDA ialah RM6k sebulan kerana berjaya menutup satu jualan projek di Sarawak. UDA akan masukkan bayaran ini ke akaun bank aku selepas pinjaman perumahan pelanggan diluluskan atau setelah pelanggan membayar deposit 10 peratus.

Jadi setakat ini, kempen BOP UDA inilah yang paling berbaloi untuk aku tambah pendapatan bulanan. Malah, kadangkala lebih dari gaji kerja tetap. Tanpa perlu bersusah payah di bawah panas terik, ternyata usaha refer orang untuk kempen Be Our Partner UDA ini memang berbaloi. Ingat, bila dah ada prospek atau rakan yang berminat membeli rumah UDA, scan sahaja QR Code ini.

Lelaki ini dedah cara dapat duit RM6,000 sebulan bila orang beli rumah di Malaysia

Baca Juga:
Penyelidik China temui telur dinosour paling kecil di dunia
Guru ajar cara nak jimat bateri remote ‘spare’ kereta, memang berkesan!
Baru keluar kedai, Lamborghini Revuelto milik ‘Influencer’ terbakar