Lelaki ini dakwa SPRM tawar RM10 juta wang sogokan untuk pastikan Muhyiddin dituduh terima rasuah. Tular satu video memaparkan seorang individu lelaki mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan wang sogokan kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di tuduh menerima rasuah.
Difahamkan lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Shafiq Abdul Halim merupakan pegawai penyelidik kepada ahli parlimen Tasek Gelugor berkenaan.
Video berdurasi 45 saat berkenaan dimuat naik di halaman facebook update info semasa #Update pada Selasa.
“Mohd Shafiq Halim, pegawai penyelidik Wan Saiful Wan Jan menuduh SPRM menawarkan RM 10 juta sebagai wang sogokan untuk memastikan TSMY di tuduh menerima rasuah,” tulisnya.
Dalam tangkap layar video tersebut, individu berkenaan mendakwa Wan Saiful dipanggil oleh SPRM untuk menukar kenyataan.
“Semalam dia (Wan Saiful) dipanggil oleh SPRM pada pukul 7 petang yang mana pihak SPRM menawarkan kepada Wan Saiful RM10 juta
“Wang itu diberikan sekiranya Wan Saiful menukar kenyataan dan mengatakan bahawa dia menerima arahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima wang rasuah dan sebagainya,” katanya.
Melihat kepada klip video berkenaan, dipercayai video itu dibuat secara langsung melalui aplikasi TikTok.
Namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar siaran langsung itu berlaku.
Pada Selasa, Wan Jan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur
Mohd Shafiq Halim Pegawai Penyelidik Wan Saiful Wan Jan menuduh SPRM menawarkan RM10 juta sebagai wang sogokan untuk memastikan TSMY di tuduh menerima rasuah pic.twitter.com/JdG5InFVZq
— CIKY🅰️NIE (@lady_bugg11) February 21, 2023