Lelaki ini beli gelang emas raya guna duit syiling dalam tabung dapat pujian netizen

Lelaki ini beli gelang emas raya guna duit syiling dalam tabung dapat pujian netizen

Lelaki ini beli gelang emas raya guna duit syiling dalam tabung dapat pujian netizen. Sebuah video tular di media sosial selepas tindakan individu membeli emas dengan menggunakan duit syiling mendapat pujian netizen.

Video yang dikongsikan Kedai Emas Adda di akaun TikTok miliknya menunjukkan, individu tersebut membawa beberapa beg plastik berisi duit syiling untuk membeli barangan kemas berbentuk emas.

Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan individu berkenaan dan menyifatkan tindakan menabung duit syiling itu akhirnya memperoleh hasil yang lumayan.

Lelaki ini beli gelang emas raya guna duit syiling dalam tabung dapat pujian netizen

“Dengan duit syiling dapat beli emas, memang terbaik la diaorang ni, boleh motivate diri masing-masing untuk menyimpan dan beli emas lepas ni,” kata Zerra.

“Lagi setahun saya ke kedai ni, duit syiling pun dah banyak boleh la dapat pulut dakap,” ujar Siti.

“Ini baru namanya menabung walaupun dengan duit syiling dapat juga ditukar dengan emas,” kata Ros.

Pengguna media sosial juga turut memuji pemilik kedai emas berkenaan kerana tidak memilih pelanggan dan menerima duit syiling bagi pembelian emas.

@emasaddaWahhhhhh 🤩🤩🤩 You all ada tabung tak dekat rumah? Mehhhhh shopping di Kedai Emas Adda bawa duit tabung 🥳♬ original sound – emasadda

“Bagusnya kedai dia, terima juga pembelian dengan duit syiling, pemilik kedai mesti fikir duit syiling pun boleh buat duit, tahniah,” kata Pakurimba.

“Bukan semua pemilik kedai nak terima duit syiling, bagus pemilik ni,” kata Wana.

Perkongsian video berkenaan kini memperoleh 33,800 tanda suka dan 3,350 perkongsian di aplikasi TikTok.

Baca Lagi:
Adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya ‘Phone Scam’
Lelaki jujur pulangkan wang RM9,697 yang ditemui di mesin ATM kepada pemiliknya
Lelaki menangis sedih apabila diketawakan disaat gerai terbakar
CATEGORIES