Lelaki hina anak Caprice akhirnya melutut mohon maaf kepada Farra Inalis

Photo of author

By Syima Iza

Individu yang didakwa menghina bayi sulung penyanyi rap, Caprice, baru-baru ini akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara bersemuka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di Instagram (IG), lelaki tersebut hadir ke rumah Caprice untuk membuat permohonan maaf di hadapan isterinya, Farra Inalis, serta bayi sulung mereka, Airiel Qashaf yang masih bayi.

Dalam video tersebut, lelaki tersebut diminta membuat permohonan maaf dengan berlutut di hadapan Farra Inalis.

Lelaki hina anak Caprice akhirnya melutut mohon maaf kepada Farra Inalis

Lelaki tersebut mengakui kesalahannya dan dengan ikhlas membuat permohonan maaf.

Tidak berhenti di situ, Caprice turut membawa lelaki itu ke masjid untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bahkan pada akhir video tersebut, Caprice turut memberikan wang kepada lelaki itu untuk disampaikan kepada ibunya. Terdahulu, lelaki tersebut meninggalkan komen yang tidak baik di perkongsian Caprice, menghina anak sulung Caprice.

Komen yang menghina tersebut membuat ramai orang marah dan meminta Caprice untuk mengambil tindakan lanjut.

Untuk rekod, Caprice telah berkahwin dengan Farra Inalis pada November 2021.

Kini, perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran seorang anak lelaki pada 17 Mac yang lalu.

Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinan terdahulunya.

Baca Juga:
Lelaki kongsi perangai mak ayah ketika hantar anak ke sekolah, inilah punca sebenar jadi jalan sesak
Dibina dengan 3,000 batang buluh, surau unik ini dikenali ‘surau buluh’ di Terengganu
Selepas tular video ‘perang mulut’ antara dua individu, Lembaga Maktab Mahmud nafi wujud kartel