Lelaki hantar mayat isteri ke hospital selepas dera sampai mati

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki hantar mayat isteri ke hospital selepas dera sampai mati.

Dera isteri sehingga mati sebelum hantar mayat wanita itu ke hospital. Perbuatan kejam lelaki itu terbongkar hasil pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan di sebuah hospital swasta, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam Ahad lalu.

Lelaki hantar mayat isteri ke hospital selepas dera sampai mati

Menurutnya, wanita berusia 38 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.

“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki hantar mayat isteri ke hospital selepas dera sampai mati

Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.

“Dalam siasatan yang dilakukan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long. Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis kini sedang giat mengesan suami mangsa iaitu Mohamed Imran Mohamed, 32, beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Baca Lagi:
Sanusi beri amaran bongkar kerja jahat jika dipakaikan ‘baju oren’
Wanita kahwin dengan hantu minta cerai sebab tak tahan gangguan mistik
Dah pakai bertahun-tahun, dibasuh berulang kali tapi label kertas pada seluar jeans tetap tahan lasak, rupanya ini bahan yang diguna