Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’  buat netizen tergelak besar

Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar

SPM bukanlah pengukur masa depan seseorang tetapi ia sangat penting untuk mengorak langkah ke tahap yang lebih baik di dalam kehidupan.

Agak terkesima melihat sebahagian individu yang memandang remeh sijil SPM dan berbangga menayang keputusan yang teruk di media sosial pada masa kini.

Baru-baru ini, tular sebuah tangkap layar yang dipercayai dari ruangan komen TikTok memaparkan respons ‘bakar line’ seorang pak cik terhadap kenyataan seorang lelaki yang bangga mempunyai gaji lebih RM3,000 walaupun gagal SPM dan mendakwa SPM bukan segalanya.

Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi 'respon pedas'  buat netizen tergelak besar

“Aku gagal spm skarang gaji di company RM3,500 sebulan. SPM bukan segalanya…hahahaha,” komen sinis lelaki itu.

Komen itu lalu dibalas oleh seorang pak cik yang sempat memuji lelaki itu namun mendedahkan anaknya mendapat keputusan SPM yang cemerlang kini memiliki kerjaya di luar negara dengan gaji lumayan.

“Alhamdulillah…tapi anak saya dapat straight A..sekarang kerja di luar negara…RM25,000 sebulan,” ujar pak cik dengan bersahaja.Perkongsian tangkap layar berkenaan sememangnya menarik perhatian di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa geli hati selepas melihat respon pedas itu.

“Halus ayat counter dia hahaha,” tulis seorang netizen.

“SPM bukan segalanya tapi segalanya bermula dari SPM,” tulis seorang netizen lain.

“SPM tu penting. Kalau dah cuba tapi tak dapat result baik tak pe. Teruskan melangkah ke hadapan.

Insyallah ada sinar yang akan datang. Paling kurang tak de letak terus SPM tidak penting,” nasihat seorang wanita.Malah, mereka sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa SPM boleh mencorak masa depan seseorang. Sebagai bukti adalah menerusi komen yang ditinggalkan oleh mak cik berkenaan.

Baca Juga:
Lelaki menyamar wanita berpurdah masuk ruang solat wanita dicekup AJK masjid
Wanita goreng kerepok lekor sampai meletup, terbang melekat pada siling rumah
Wanita mengigil satu badan selepas lihat rakaman video adik sedang mandi dalam phone suami
CATEGORIES