Lelaki ditarik keluar dari kereta, diikat, dipukul hingga maut selepas langgar penghantar makanan

Lelaki ditarik keluar dari kereta, diikat, dipukul hingga maut selepas langgar penghantar makanan

Tindakan seorang lelaki didakwa melarikan diri selepas dipercayai melanggar penghantar makanan berakhir tragedi apabila mangsa dipukul sekumpulan individu sehingga maut dalam kejadian di kawasan Taman Pelangi Dua di sini pada Selasa.

Dalam kejadian terbabit, Proton Saga dipandu mangsa berumur 42 tahun itu terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan sebelum mangsa ditarik keluar orang awam dan dipukul serta tangan diikat hingga maut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, maklumat awal berkaitan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 9.20 malam.

Lelaki ditarik keluar dari kereta, diikat, dipukul hingga maut selepas langgar penghantar makanan

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian, mendapati sebuah kenderaan jenis Proton Saga dipercayai telah terbabas sebelum melanggar pagar kawasan perumahan terbabit.

“Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan didapati berada dalam keadaan terbaring di atas jalan selain terdapat kesan pergelangan tangan seperti diikat,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan yang terlibat.

“Siasatan kemudiannya dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat berkaitan kejadian.

“Siasatan berdasarkan keterangan saksi mendapati mangsa ditarik keluar daripada dalam kenderaannya oleh sekumpulan individu,” katanya.

Menurutnya, saksi awam turut mendakwa mangsa turut dipukul serta kedua tangan mangsa diikat dan dibaringkan atas jalan raya di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun kesemua individu terlibat yang memperlakukan mangsa sedemikian telah beredar sebaik sahaja pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Baca Juga:
Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya
Anak bongsu tertinggal di R&R Pagoh, pekerja warga Bangladesh baik hati pinjamkan telefon call mak ayah
Lelaki hilang 9 hari dalam hutan dakwa dikejar individu misteri, lihat polis sedang mencari
CATEGORIES