Lelaki diserang sawan ketika memandu rempuh lobi Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Photo of author

By Syima Iza

Seorang pemandu kereta yang mengalami sawan, hilang kawalan lalu merempuh lobi Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, malam tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku jam 10.15 malam itu, turut tular di media sosial.

Kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan terhadap petugas hospital.

Lelaki diserang sawan ketika memandu rempuh lobi Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Susulan kemalangan itu, tiang lobi hospital dan beberapa struktur yang sedang dalam kerja pembaikan kerangka bumbung dan siling, mengalami kerosakan.

Pihak hospital yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Kereta terbabit kemudian ditarik oleh trak penunda dari kawasan lobi hospital berkenaan.

Pihak Polis ketika dihubungi memaklumkan, sehingga tengah malam tadi masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Baca Juga:
Bertumbuk ‘one by one’ dua lelaki ditahan polis
Peniaga parah ditetak adik kandung kerana enggan pinjamkan motosikal
Nasib isteri ada pencen, bapa 5 anak cerita kemana pergi duit KWSP RM750,000 habis dalam masa 7 tahun