Lelaki dibelasah teruk, dipaksa makan najis selepas video seksa kucing tular

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki dibelasah teruk, dipaksa makan najis selepas video seksa kucing tular. Seorang lelaki di China yang didakwa menyeksa kucing terpaksa menahan azab selepas dibelasah oleh sekumpulan pencinta haiwan selepas video penganiayaan haiwan itu tersebar di laman sosial.

Pihak berkuasa tempatan dari daerah Wuzhong di Suzhou berkata, mereka memandang serius kes itu dan melancarkan siasatan berhubungnya.

Video menunjukkan lelaki itu diserang turut tersebar dalam talian, dengan beberapa media tempatan melaporkan kejadian itu.

Lelaki dibelasah teruk, dipaksa makan najis selepas video seksa kucing tular

Menurut Global Times dan Southern Metropolis Daily, lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarga Lee itu menyeksa kucing yang dikutipnya di jalanan.

Lee, seorang pekerja pejabat di timur Suzhou, didakwa merakamkan dirinya mendera kucing itu, sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial, yang mana beberapa kucing dilaporkan mati kerana perbuatannya.

Lee dikenal pasti oleh seorang individu di luar negara, yang melihat videonya mendera kucing dan memaklumkan kepada pencinta kucing di seluruh negara, malah turut mendedahkan bahawa Lee merancang untuk mengambil anak kucing di plaza komersial.

Enam individu kemudian mengelilingi Lee di plaza itu pada 25 Februari lalu, yang diaibkan di khalayak ramai dengan melemparkan penghinaan kepadanya.

Dia kemudian dibawa ke lokasi berasingan, di mana dia ditendang, disuruh untuk menampar dirinya sendiri, melutut di atas lantai dan mengakui perbuatannya.

Kumpulan itu dilaporkan turut melumur najis di muka Lee, malah memaksanya menelan najis itu.

Dalam satu video, sambil dipegang oleh dua individu, Lee kedengaran membuat pengakuan membunuh lima ekor kucing, dengan seorang lagi mengutuk dan merakam adegan itu.

Lee dilaporkan lebam dan luka selepas serangan yang berlangsung sepanjang malam.

Terdapat spekulasi bahawa penyerang Lee adalah sebahagian daripada Persatuan Sukarelawan Perlindungan Haiwan Kecil Suzhou (SSAPA), tetapi pertubuhan itu dalam akaun Weibonya, menafikan melakukan perbuatan itu.

Baca Lagi:
Anggota polis berpangkat lans koperal tembak mati isteri disaksikan bapa mertua
‘Mayat siapa di rumah?’ Keluarga terkejut tiba-tiba penjara call maklum anak masih hidup
Wanita stres mentua paksa serah bayi bakal lahir kepada kakak ipar