Lelaki dedah isteri curang di rumah sendiri, ‘kantoi’ ada jantan di belakang pintu

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki dedah isteri curang di rumah sendiri, ‘kantoi’ ada jantan di belakang pintu.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki berkongsi detik hitam ketika dicurangi oleh isteri sendiri di dalam rumah.

Menurut lelaki tersebut, dia sendiri yang membongkar kecurangan isterinya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak lelaki lain di belakang pintu.

Apa yang lebih menyedihkan apabila individu terbabit masih mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bertungkus-lumus mencari rezeki demi anak dan isteri di rumah.

Lelaki dedah isteri curang di rumah sendiri, 'kantoi' ada jantan di belakang pintu

“Balik kerja ni, penat-penat, tiba-tiba ada jantan lain belakang rumah, belakang pintu. Kau sanggup buat suami macam tu? Saya bertungkus lumus cari duit.

“Saya sanggup berhutang dengan ceti lagi pasal nak membesarkan anak. Dia tak pernah bekerja, duduk rumah saja saya minta, jaga anak-anak,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak dan mendoakan supaya urusan dipermudahkan malah ada yang cuba membantu mencari individu terbabit untuk hulurkan bantuan.

“Allahu bang, semoga dipermudahkan segala urusan abang di dunia dan juga akhirat.

“Macam mana saya nak hulurkan bantuan kat pak cik ni? Pengorbanan seorang ayah. Siapa kenal atau tahu abang ni kat mana,” ujar warganet.

Baca Lagi:
Gara-gara saling menyindir di media sosial, 2 kumpulan lelaki bergaduh besar di Pandan Indah
Jurugambar Perancis terkenal maut terjatuh dari tingkat 68 semasa rakam aksi berani
Perkahwinan 28 tahun berakhir…suami pelakon Miera Leyana cerai isteri pertama talak satu