Lelaki dapat pampasan hampir RM2 bilion kerana ‘zakar’ hancur

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki dapat pampasan hampir RM2 bilion kerana ‘zakar’ hancur.

Panel juri di negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS) telah menganugerahkan pampasan sebanyak AS$412 juta (RM1.8 bilion) kepada seorang lelaki berusia 72 tahun, lapor portal berita The Sacramento Bee semalam.

Lelaki tersebut menyaman sebuah pusat perubatan kerana mendakwa dia telah diberikan suntikan yang tidak perlu sehingga merosakkan zakarnya.

Lelaki dapat pampasan hampir RM2 bilion kerana 'zakar' hancur

Panel juri tersebut memberikan pampasan sebanyak AS$37 juta (RM164 juta) dan ganti rugi punitif berjumlah AS$375 juta (RM1.6 bilion) pada Isnin lalu. Kes ini dibicarakan di sebuah mahkamah daerah Bernalillo, menurut dokumen mahkamah.

Peguam lelaki itu berkata, keputusan mahkamah tersebut merupakan anugerah penyelewengan perubatan terbesar dalam sejarah, dan selepas mengambil kira kadar faedah, pampasan itu dijangka melebihi AS$550 juta (RM2.4 bilion).

“Akibat penipuan korporat dan ketamakan, anak guam saya menghadapi penderitaan yang tidak dapat dipulihkan dan memberi kesan mendalam terhadap tubuh badan serta kehidupannya.

“Zakar lelaki berusia 72 tahun itu telah ‘hancur’ sepenuhnya,” kata seorang lagi peguamnya, Nick Rowley.

Tuntutan tersebut menamakan NuMale, sebuah syarikat perubatan di Albuquerque, Bernalillo, dan beberapa individu yang terlibat dengan firma itu sebagai defendan.

Sementara itu, Presiden Pusat Perubatan NuMale, Barad Palubicki berkata: “Walaupun kami menghormati proses kehakiman, disebabkan prosiding undang-undang yang sedang berlangsung, kami tidak boleh mengulas mengenai butiran khusus kes ini buat masa ini.”

Lelaki yang mengemukakan tuntutan mahkamah ini mendapatkan rawatan di pusat perubatan Albuquerque NuMale pada tahun 2017 untuk terapi penggantian testosteron dan penurunan berat badan, menurut peguam serta dokumen mahkamahnya.

Baca Lagi:
Lelaki tak sangka order air mangkuk dekat Sabah lain yang dapat
ADUN PAS tarik balik kenyataan & mohon maaf isu Anwar PM ke-17 terkaya di dunia
Pertama kali negara China pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk sambut Tahun Baru Cina