Lelaki curi ibu jari patung pahlawan Cina purba bernilai RM19.8 juta

Lelaki curi ibu jari patung pahlawan Cina purba bernilai RM19.8 juta

Lelaki curi ibu jari patung pahlawan Cina purba bernilai RM19.8 juta. Seorang lelaki di negeri Delaware, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah mencuri ibu jari sebuah patung pahlawan Cina purba yang bernilai AS$4.5 juta (RM19.8 juta) semasa berpesta di sebuah muzium di bandar Philadelphia, lapor akhbar New York Post.

Michael Rohana mencuri ibu jari patung berusia 2,000 tahun itu ketika dia menyelinap masuk ke dalam pameran tertutup semasa menghadiri pesta di Institut Franklin pada Disember 2017.

Sebagai sebahagian daripada rundingan pengakuannya, pendakwa raya persekutuan menggugurkan tuduhan paling serius terhadapnya iaitu mencuri dan menyembunyikan objek warisan budaya dari muzium yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, lapor saluran berita KWY.

Lelaki curi ibu jari patung pahlawan Cina purba bernilai RM19.8 juta

Rohana sebaliknya mengaku bersalah atas tuduhan lebih ringan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda AS$20,000 (RM88,080).

Hukuman ke atas Rohana dijadualkan akan dijatuhkan di mahkamah persekutuan pada 17 April depan.

Lelaki itu baru berusia 24 tahun ketika dia menceroboh pameran tertutup di muzium tersebut semasa berlangsungnya pesta yang diadakan selepas waktu kerja.

Dia mengaku mematahkan ibu jari kiri patung tersebut dan memasukkannya ke dalam poket. Dia juga memeluk patung ‘Kavaleri Berkuda’ dan berswafoto dengan arca itu.

Kakitangan muzium menyedari ibu jari itu hilang pada 8 Januari 2017 dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengesan bahagian yang hilang itu diambil Rohana selepas memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah menyimpan ibu jari itu dalam sebuah laci meja.

Kes kecurian itu mencetuskan kemarahan pihak berkuasa China dan pada 2018 meminta AS untuk menjatuhi ‘hukuman berat’ ke atas Rohana.

Baca Lagi:
Jururawat kongsi pengalaman jadi ‘Sugar Baby’ jana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan
Lelaki hadiahkan home theather berisi bom kepada bekas kekasih pada hari perkahwinan
Ibu dan ayah desak beli kereta Honda walaupun gaji aku kecil hanya RM1,500 sebulan
CATEGORIES