Lelaki curi dan makan kaki mangsa kemalangan kereta api ‘ratah’ macam makan peha ayam

Lelaki curi dan makan kaki mangsa kemalangan kereta api ‘ratah’ macam makan peha ayam

Pekerja pembinaan di California, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, terkejut apabila menyaksikan seorang lelaki mencuri kaki mangsa kemalangan kereta api sebelum memakannya seperti peha ayam.

Kaki yang terputus itu dipercayai milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan kereta api berhampiran sebuah stesen kereta, pada awal pagi Jumaat yang lalu.

Pekerja pembinaan, Jose Ibarra di stesen Amtrak di Wasco, California itu menceritakan bahawa kejadian ngeri itu berlaku ketika mereka sedang meletakkan konkrit di kawasan tersebut.

Lelaki curi dan makan kaki mangsa kemalangan kereta api 'ratah' macam makan peha ayam

“Saya tidak pasti daripada mana, tetapi dia berjalan ke sini dan dia menghayun kaki seseorang. “Dia mula mengunyah (kaki itu), menggigit sebelum memukul kaki itu ke dinding. “Di bahagian kaki, (ada) kulit (yang) tergantung. Anda boleh melihat tulang,” katanya kepada News 11 Yuma.

Video ngeri menunjukkan lelaki tersebut, yang dipercayai gelandangan, melakukan perbuatan yang ganjil itu.

Pegawai dari Pejabat Syerif Daerah Kern mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Resendo Tellez berusia 27 tahun.

Selepas kejadian itu, Tellez telah ditangkap selepas polis mengambil keterangan daripadanya dan melakukan siasatan di tempat kejadian.

Semakan lanjut mendapati lelaki tersebut mempunyai beberapa rekod lampau yang melibatkan beberapa waran.

Pasukan itu belum lagi mengesahkan milik siapa kaki tersebut atau mangsa yang cedera dalam nahas kereta api tersebut, namun dilaporkan seorang individu telah terbunuh.

Baca Juga:
Lelaki tunggang motosikal Honda Wave sejauh 2,589km ke China demi bermain salji
Nasi goreng ‘laku keras’ selepas Ronnie Hussein belanja satu lagu
Sami Buddha hina penduduk Islam dipenjara 4 tahun
CATEGORIES