Lelaki cuba serang anggota polis Balai Dato Keramat ditahan

Photo of author

By Syima Iza

Tindakan pantas polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai cuba menyerang seorang anggota di Balai Polis Dato Keramat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia 35 tahun itu dikatakan datang ke balai dengan menunggang sebuah motosikal

Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki cuba serang anggota polis Balai Dato Keramat ditahan

“Suspek ada mengalami kecederaan ringan semasa tangkapan dilakukan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Suspek telah direman selama empat mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Tambah sumber, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif sebarang pengambilan dadah dan direman selama empat hari hingga 22 Mei ini.

Kosmo! difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh.

Baca Juga:
‘Paratha disel’ – Penjaja tuang minyak diesel atas roti laku keras undang kecaman ramai
Cikgu terkejut anak murid selamba hadiah rotan pada Hari Guru
Guna telefon bimbit di tandas berisiko dapat buasir – Pakar