Lelaki cedera terkena benang melintang di SUKE sampai dagu terkoyak buat laporan polis

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki yang cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

MuasRosdi, melalui sebuah ciapan di aplikasi X, mengumumkan bahawa beliau akan membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya esok.

“Alhamdulillah terima kasih pada yang mendoakan. Esok saya akan berjumpa ketua balai polis Ampang untuk membuat laporan,” katanya.

Lelaki cedera terkena benang melintang di SUKE sampai dagu terkoyak buat laporan polis

Sebelum ini, MuasRosdi telah memuat naik sebuah hantaran yang mendakwa dia telah mengalami kecederaan pada kawasan dagu ketika melalui Lebuh Raya SUKE pada pukul 6.30 petang, Isnin.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas susur keluar Taman Kosas, Ampang, menghala ke tol Bukit Teratai.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) meminta penunggang motosikal terbabit agar tampil melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Prolintas dalam kenyataan berkata, mana-mana saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atau Prolintas secara terus.

Baca Juga:
“Besarnya lampu study dia”- Video pelajar perempuan study bawah lampu jalan raih pujian orang ramai
Reaksi bibik terkejut tengok bil elektrik melambung buat ramai terhibur, ‘macam dia pula yang kena bayar’
“Baru sikit tu tentera dari Allah”- Tentera Israel diserang ratusan tebuan hingga masuk ICU