Lelaki cedera parah dilempar ke dinding ketika cuba lerai 2 lembu jantan bergaduh naik minyak

Seorang lelaki cedera parah ketika cuba meleraikan dua ekor lembu jantan yang bergaduh apabila seekor lembu berkenaan menyerangnya, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Anggota-anggota pasukan penyelamat menemui Sakchai Jancharoen, 56, terbaring di hadapan kandang lembu dan mengalami kecederaan serius kelmarin.

Saksi-saksi berkata, pergaduhan antara dua lembu jantan itu bertukar ganas dengan cepat.

Lelaki cedera parah dilempar ke dinding ketika cuba lerai 2 lembu jantan bergaduh naik minyak

Percubaan Sakchai untuk memisahkan kedua-duanya menyebabkan seekor lembu jantan itu menjadi agresif.

Lembu itu ‘melemparkannya’ ke dinding, menyebabkan dia tercampak ke dalam kandang lembu bersebelahan.

Pasukan penyelamat menghadapi cabaran besar ketika berusaha untuk mengeluarkan Sakchai dari kawasan itu.

Lembu jantan yang naik minyak tetap gelisah dan berada dalam jarak yang dekat sekali gus menimbulkan ancaman berterusan.

Ketika anggota-anggota penyelamat menghampiri Sakchai, lembu jantan itu menyerang. Mereka terpaksa melarikan diri buat sementara waktu.

Selepas berkumpul semula dan menyusun strategi dengan teliti, pasukan penyelamat dapat mengeluarkan Sakchai dan membawanya ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.

Baca Juga:

Wanita saman bekas kekasih RM730,371 kerana menipu
Suri rumah tanam padi dalam pasu ‘menjadi’, beli benih RM1 online
Peniaga tegur pelanggan minta refund RM28.50 selepas makan nasi kerabu sampai licin
CATEGORIES