Lelaki cabut lari tinggal daun ketum 500 kg dalam kereta lepas kemalangan

Lelaki cabut lari tinggal daun ketum 500 kg dalam kereta lepas kemalangan

Lelaki cabut lari tinggal daun ketum 500 kg dalam kereta lepas kemalangan. Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki pengedar 500 kilogram (kg) daun ketum yang melarikan diri selepas keretanya terlibat dalam kemalangan di Kampung Chedok, Bukit Bunga di Tanah Merah dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun memandu kereta jenis Nissan Almera melarikan diri ke dalam hutan belukar selepas merempuh sebuah kereta Perodua Viva.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu menyebabkan kereta Perodua Viva yang sedang dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli terbabas ke dalam parit.

Lelaki cabut lari tinggal daun ketum 500 kg dalam kereta lepas kemalangan

 

Menurutnya, suspek kemudiannya terus melarikan diri meninggalkan kereta yang dipandunya di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menemui sebanyak 500 kg daun ketum yang diangggarkan bernilai RM5,000.

“Menerusi nombor pendaftaran kereta terbabit, polis dapat mengesan rumah suspek di Merbok, Jedok di Tanah Merah. Siasatan mendapati, kereta terbabit telah dijual kepada adiknya sebelum dia bertolak ke Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, penama asal kereta itu bagaimanapun tidak mengetahui kereta berkenaan sudah dijual kepada orang lain iaitu suspek.

Baca Lagi:
Bila kantung negara cukup baik, saya akan utamakan penjawat awam – PM Anwar
Kecoh artis lelaki era 80-an bernikah lagi satu, nama ND Lala ‘dipetik’ netizen
Penunggang motosikal berambut pink buat provokasi di jalanraya diburu polis
CATEGORIES