Lelaki bunuh isteri, buang mayat dalam hutan kerana cemburu

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki bunuh isteri, buang mayat dalam hutan kerana cemburu.

Gara-gara cemburu, seorang lelaki di Thailand membunuh isterinya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam hutan di belakang rumah mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam. Polis menerima laporan mengenai pembunuhan di kawasan Moo 10, daerah Ko Chan.

Lelaki bunuh isteri, buang mayat dalam hutan kerana cemburu

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis mendapati sebuah rumah satu tingkat berada dalam keadaan bersepah dan berselerak dengan pakaian, selain kesan seretan darah dari rumah ke dalam hutan turut dikesan.

Selepas mengekori kesan darah tersebut, polis menemui mayat wanita bernama Usamani, 36, dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel.

Sebilah parang pemotong rumput dan cangkul turut ditemui berhampiran mayat mangsa.

Selepas melakukan pembunuhan itu, suami mangsa, Teeraphan, 33, cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sebelum kembali ke rumahnya untuk mengambil barang.

Dia bagaimanapun ditahan oleh polis yang sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Teeraphan mengaku bersalah membunuh isterinya. Menurutnya, pergaduhan mereka bermula selepas dia mendapati isterinya berbual dengan lelaki lain menerusi telefon semasa memasak.

Dia turut mengaku memukul isterinya menggunakan lesung batu sehingga jatuh ke lantai sebelum menikam kepala mangsa beberapa kali menggunakan alat tajam.

Dia kemudian mengheret mayat isterinya keluar rumah dan meninggalkannya di dalam hutan.

Baca Lagi:
Lelaki gila seks, rakam wanita buang air dalam tandas stesen minyak
Wanita dakwa disihir ibu mertua guna darah haid sampai kemaluan rasa terbakar, bapa mertua nampak isteri puja gambar perkahwinan
Ibu terlantar sakit, anak tangkap bapa ‘kantoi’ berlaku curang kali kedua