Lelaki bujang dilarang masuk Zoo di Jepun

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki bujang dilarang masuk Zoo di Jepun.

Sebuah zoo di Jepun mengambil langkah tegas dengan melarang lelaki bujang memasuki premisnya secara bersendirian kerana dikhuatiri akan mengganggu pengunjung wanita, lapor South China Morning Post.

Zoo Healing Pavilion, yang terletak di Wilayah Tochigi, merupakan sebuah zoo interaktif yang membolehkan pengunjung memberi makan serta memeluk haiwan seperti kucing, anjing, dan biri-biri.Sejak dibuka pada Mac lalu, zoo ini bertujuan untuk menyediakan interaksi terapeutik antara manusia dan haiwan.

Lelaki bujang dilarang masuk Zoo di Jepun
Gambar hiasan

Pada 26 Januari lalu, pengarah zoo, Misa Mama, mengumumkan sekatan tersebut di laman media sosialnya, sekali gus mengejutkan netizen dan pengikutnya.

“Larangan ini berkuat kuasa. Pengunjung lelaki dilarang memasuki zoo seorang diri,” katanya.Notis itu turut ditampal di pintu masuk zoo, menyatakan bahawa lelaki bujang hanya dibenarkan masuk jika ditemani oleh keluarga atau rakan.

Mama menjelaskan bahawa sejak penubuhan zoo tersebut, majoriti pengunjungnya terdiri daripada keluarga dan pasangan.Bagaimanapun, terdapat beberapa insiden di mana lelaki bujang menghampiri dan cuba menggoda pengunjung wanita.

Malah, ada yang berkelakuan tidak sopan atau mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.Sehubungan itu, Mama menegaskan bahawa Healing Pavilion diwujudkan sebagai tempat untuk memberikan ketenangan emosi, bukan sebagai lokasi mencari pasangan.

“Peraturan ini bukan dibuat kerana keangkuhan atau salah faham terhadap lelaki,” jelasnya.Namun, keputusan itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan sesetengah pihak mendakwa ia sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap lelaki bujang.

Baca Juga:
Pasangan daftar kahwin akan dapat ganjaran RM3,000
‘Patutlah cepat habis’- Doktor ini dedah kuantiti sebenar ubat gigi perlu diguna untuk setiap individu
Masuk penjara sebab parkir RM7, lelaki British labelkan Malaysia sebagai ‘Neraka Tanpa Hak Asasi Manusia’