Lelaki buat ujian DNA kerana sangsi anak terlalu cantik terkejut dengan keputusan ujian.
Seorang lelaki di Vietnam yang ragu-ragu dengan kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dirinya dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Kecurigaan lelaki itu ternyata benar apabila ujian DNA mengesahkan bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan tersebut.
Namun, punca kejadian itu bukan disebabkan oleh isterinya yang ‘bermain kayu tiga’, sebaliknya anak sebenar mereka tertukar dengan bayi lain semasa di hospital.
Selepas keputusan ujian DNA disahkan, wanita yang dikenali sebagai Hong itu membawa dirinya bersama anak perempuannya untuk berpindah ke ibu kota, Hanoi.
Tindakan tersebut memaksa anak perempuannya, Lan, untuk berpindah sekolah, yang secara tidak sengaja mendedahkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku selama ini.
Menurut laporan Sinar Harian, di sekolah baru, Lan berkenalan dengan seorang kawan perempuan yang didapati mempunyai rekod kelahiran yang sama dan dilahirkan di hospital yang sama.
Pada suatu ketika, dalam satu majlis hari jadi, ibu sebenar Lan terkejut apabila melihat Lan yang kelihatan persis dirinya. Ibu sebenar Lan kemudian meminta ujian DNA dilakukan sekali lagi.
Sekali lagi, ujian tersebut mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah tertukar sejak lahir, mungkin disebabkan oleh kesilapan pihak hospital.
Kini, kedua-dua keluarga itu sering menghabiskan masa bersama, namun laporan tersebut tidak mendedahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital.