Lelaki buat konten pura-pura cacat selepas keluar tandas OKU dikecam orang ramai.
Orang ramai mengecam tindakan biadap lelaki berkenaan yang disifatkan tidak sensitif terhadap golongan OKU.
Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah individu yang mempunyai kekurangan dari segi anggota badan atau intelektual.
Meskipun mempunyai kekurangan, ia tidak menghalang mereka untuk menjadi insan yang berjaya. Malah kini pelbagai fasiliti di tempat awam disediakan untuk memudahkan golongan OKU seperti kawasan parkir, tandas dan banyak lagi.
Namun sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak kes membabitkan orang awam yang dengan sewenang-wenangnya mengeksploitasi hak mereka sehingga mengundang perhatian.
Lelaki dikecam kerana buat konten jadi cacat
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang biadap apabila membuat konten kononnya cacat sehingga dikecam ramai.
Menerusi video yang tular di laman X, kelihatan lelaki terbabit sedang melakonkan satu sudut pandang (POV) menunjukkan keadaan apabila terpaksa menggunakan tandas OKU.
Dalam video tersebut awalnya kelihatan lelaki terbabit dengan segera masuk ke tandas OKU itu untuk membuang air kecil.
Pura-pura cacat ketika keluar tandas OKU
Namun sebaik selesai dan ingin keluar dari tandas tersebut kelihatan ramai golongan OKU lain yang sedang beratur di luar tandas tersebut.
Dia kemudian membuat aksi seperti seorang yang cacat sewaktu keluar dari tandas berkenaan dengan tangan yang bengkok.
Namun selepas beberapa langkah meninggalkan tandas tersebut dia kembali berjalan seperti biasa.
Lelaki disifatkan tidak sensitif terhadap golongan OKU
Perkongsian lelaki tersebut telah menyebabkan ramai mengecamnya dan disifatkan tidak sensitif kepada golongan OKU.
??? pic.twitter.com/N1JMpTCptL
— ًِ (@bckupacc99) January 22, 2024
Malah ada yang berpendapat sekiranya lelaki berkenaan ingin memberi kesedaran kepada orang ramai dia tidak sepatutnya membuat aksi seperti orang cacat.
Video itu juga turut menarik perhatian Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba yang kurang gemar dengan tindakannya.
Bekas pengerusi Bernama itu, turut meminta lelaki berkenaan ‘agar berhati-hati’ kerana tindakan mempersendakan golongan OKU itu boleh memakan diri.
“Kasihan adik ini. Rupanya tidak sabar-sabar dia ingin menjadi OKU. Hati-hati dik, kerana kifarah itu benar dan tingkahmu yang mempersendakan kami, bakal memakan diri”
“Cacat betul baru kau tahu. Orang nak buat konten, kau nak buat konten. Sampai tahap ini macam kau punya konten, makna kata kau memang tak ada common sense”