Lelaki berzikir, laung azan dan solat atas bumbung rumah pangsa 3 hari tak turun-turun

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki berzikir, laung azan dan solat atas bumbung rumah pangsa 3 hari tak turun-turun.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan serta polis hari ini masih tidak putus asa untuk menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman turun dari bumbung sebuah blok bangunan rumah pangsa empat tingkat, sejak Isnin lalu.

Kejadian itu mengundang cemas penduduk apabila lelaki berusia 39 tahun berkenaan tidak mengendahkan pujukan supaya dia turun dari bumbung dengan selamat.

Lelaki berzikir, laung azan dan solat atas bumbung rumah pangsa 3 hari tak turun-turun

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.45 malam Isnin, namun BBP Sandakan menerima panggilan kecemasan pada 10.58 malam hari sama.

“Proses memujuk lelaki itu oleh pasukan penyelamat dengan dibantu keluarganya sedang giat dijalankan. Maklumat berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan lebih 30 anggota bomba serta 12 pegawai dan anggota polis berada di tempat kejadian untuk membantu menyelamatkan lelaki itu.

Tinjauan Bernama di perumahan terbabit mendapati lelaki itu dilihat berzikir, melaungkan azan serta membuat pergerakan solat di atas bumbung itu.

Baca Juga:
Ebit Lew buat panggilan video dan tunjuk kemaluan – Pengadu
“Ada rezeki kita makan sedap-sedap ya”- Ayah beli coklat bentuk spanar buat anak raih perhatian ramai
Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api