Lelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna kren

Lelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna kren

Lelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna kren.

Seorang pemuda di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini menjadi perhatian ramai terutamanya warganet negara itu apabila dia sanggup duduk bertenggek di atas tiang elektrik selama lebih empat jam.

Memetik laporan Khmer Times, ada penduduk yang ternampak bahawa lelaki itu berpaut pada tiang elektrik itu pada kira-kira jam 4.30 pagi.

Apa yang membimbangkan ialah tiang elektrik itu berselirat dengan kabel elektrik.

Lelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna kren

Meskipun beberapa kali telah disuruh untuk turun oleh orang awam, namun lelaki itu tetap tidak berganjak.

Dia kemudiannya terpaksa dibawa turun dengan menggunakan kren oleh pihak polis.

Difahamkan, pemuda itu sebenarnya terlibat dengan dadah, jadi berkemungkinan besar dia tidak sedar sepenuhnya ketika memanjat tiang tersebut.

Setelah dibawa turun, dia kemudiannya dibawa dengan menaiki trak oleh Jabatan Hal Ehwal Sosial tempatan untuk bantuan selanjutnya.

Macam mana la dia boleh panjat tiang elektrik yang ada banyak kabel macam tu kan?

Sumber

Baca Lagi:
Sopan dan bijak meraikan majlis, YB Hannah Yeoh tampil bertudung di UIAM dapat pujian netizen
Remaja 15 tahun minta pemandu e-hailing henti kereta sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang
A.Aida putih mata, Amelia Henderson tak perlu bayar ganti rugi RM200,000
CATEGORIES