Lelaki berlakon jadi OKU nak raih simpati bila berniaga rupanya naik Alza.
Berpura-pura sebagai orang kelainan upaya (OKU) telah menjadi taktik seorang lelaki untuk meraih simpati bagi tujuan berniaga.
Perkara ini didedahkan melalui sebuah video yang dikongsi di laman X, dipercayai dirakam oleh orang awam, namun lokasi sebenar tidak dapat dipastikan.
Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan seorang lelaki berlakon sebagai OKU dengan menaiki kerusi roda elektrik. Namun, individu berkenaan dilihat mampu berdiri dan tidak mempunyai sebarang kecacatan ketika mengemas barang-barang yang dijual.
Lelaki itu, yang mengenakan kopiah, turut dilihat menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza sebelum meninggalkan lokasi tersebut.
Tindakan ini mendapat kecaman ramai yang menganggapnya tidak bertanggungjawab.
“Boleh pakai Alza, hebat juga marketing dia. Ramai ya pelakon di Malaysia,” ujar Rizzler.
“Macam apa perangai. ‘Visual marketing’ hebat, siap lengkap pakai kopiah,” kata Afni.
“Kalau aku nampak, aku minta duit balik. Tak kira lah nak kata buruk siku ke apa,” jelas Imdnan.
“Orang macam ini memang aku doakan agar OKU betul-betul. Orang OKU pun kalau boleh nak jadi normal, nak kerja,” luah Hafidz.
Babinya. Tolonglah korang jangan jadi pemurah sangat. Nak derma, biar pada orang dan tempat yang betul. Dorang ni ramai scammer dan ada majikan. Pihak berkuasa pun tolonglah serius sikit tangani masalah peminta sedekah jalanan ni. https://t.co/nljH9SCmKK
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 30, 2024