Lelaki berkayak kongsi detik cemas ditelan ikan paus sebelum ‘dimuntahkan’ kembali

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki berkayak kongsi detik cemas ditelan ikan paus sebelum ‘dimuntahkan’ kembali.

Seorang lelaki di Chile nyaris menjadi mangsa ikan paus apabila dia ditelan bersama kayak yang dinaikinya.

Namun, nasibnya baik apabila ikan paus itu kembali memuntahkan kayak terbabit.

Lelaki berkayak kongsi detik cemas ditelan ikan paus sebelum 'dimuntahkan' kembali

Kejadian yang berlaku di pantai selatan Chile itu juga sempat dirakam oleh bapanya yang berada di kayak berlainan.

Menceritakan detik cemas itu, pemain kayak, Adrian Simancas berkata, ketika kejadian dia bersama bapanya berkayak di laut, luar bandar Punta Arenas, pada hujung minggu lalu.

Menurutnya, dia tergamam apabila kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum bapanya merakam detik berkenaan.

“Saya berasa seperti diangkat, tetapi ia jelas terlalu kuat seperti ombak.
“Apabila saya menoleh, saya merasakan sesuatu yang biru dan putih melintas dekat muka saya, seperti sebelah dan atas.
“Saya tidak faham apa yang berlaku. Kemudian semuanya… Saya masuk ke bawah dan fikir saya telah ditelan,” katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana paus itu cepat memuntahkan semula dirinya tanpa cedera dan kayak yang dinaikinya.

“Saya fikir saya akan mati. Ia seperti tiga saat pelik di sana (dalam ikan paus),” katanya.

Bapanya, Dell Simancas berkata, kejadian itu sempat dirakam dalam kameranya.

“Saya menghidupkan kamera dan terdengar bunyi ombak di belakang saya, kuat.

“Apabila saya menoleh, saya tidak nampak apa-apa.

“Jadi itulah satu-satunya detik ketakutan sebenar kerana saya tidak melihat Adrian selama kira-kira tiga saat sebelum tiba-tiba terkeluar tanpa kayak dan saya melihat sirip ikan,” katanya.

Baca Lagi:
Masuk penjara sebab parkir RM7, lelaki British labelkan Malaysia sebagai ‘Neraka Tanpa Hak Asasi Manusia’
Ini 13 jenis pantang larang di dapur yang paling popular, nombor 2 wanita selalu buat
Isteri mental ‘Koyak’ buat status WhatsApp sampai suami merajuk berbulan-bulan