Lelaki berkain pelikat bawa kayu halau mat rempit buat bising 1 Syawal di Kemaman

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki berang bawa kayu halau mat rempit buat bising 1 Syawal di Kemaman. Berang dengan sekumpulan mat rempit membuat bising, seorang lelaki bertindak ke jalan raya untuk menghalau mereka di Kemaman, Terengganu pada 1 Syawal.

Dalam kejadian 6.45 petang Sabtu lalu, sebahagian mat rempit yang rata-ratanya berbaju Melayu segera memecut motosikal mereka selepas melihat warga tempatan itu memegang dua batang kayu.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat KM157 Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, dekat Geliga.

Lelaki berkain pelikat bawa kayu halau mat rempit buat bising 1 Syawal di Kemaman

“Kertas siasatan dibuka berikutan penularan klip video 26 saat di media sosial sejak petang semalam.

“Kita juga sedang mengesan semua pihak terlibat dalam kejadian itu bagi siasatan lanjut,” katanya menurut Kosmo.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, jika berlaku perkara tidak diingini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Mira akhirnya buat pengakuan terbuka, siap mohon maaf kepada Ahmoi di hari raya
Shuib muat naik gambar Watie bersama anak-anak, sekali netizen perasan sesuatu
Ibu terkejut anak tercekik ayam goreng McD sebab ada bulu tak di buang