Lelaki berjaya tangkap ikan keli gergasi panjang menyamai 2 lelaki dewasa

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki berjaya tangkap ikan keli gergasi panjang menyamai 2 lelaki dewasa.

Seorang peman­cing di Itali bertarung selama 43 minit untuk menaikkan seekor ikan keli (catfish) gergasi sepanjang 2.85 meter (10 kaki) ketika meman­cing di Su­ngai Po, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Alessandro Biancardi tidak menyangka hasil tangkapannya baru-baru ini merupakan ikan terbesar yang pernah dinaikkan sepanjang tempoh 23 tahun dia bergelar pemancing profesional.

Lelaki berjaya tangkap ikan keli gergasi panjang menyamai 2 lelaki dewasa

Dia meluahkan rasa kagum apabila menaikkan ikan tersebut yang memiliki panjang hampir menyamai dua manusia dewasa.

“Apabila ikan itu muncul di permukaan air buat kali pertama, saya sedar bahawa saya telah menangkap ‘raksasa’. Adrenalin mengalir laju dan kebimbangan bahawa saya akan kehilangannya menyebabkan saya hampir panik.

“Saya berseorangan ketika itu, berdepan ikan keli terbesar yang pernah dilihat dalam tempoh 23 tahun,” ujarnya.

Tambah Biancardi, meskipun sedar keli itu mampu memecahkan rekod sedia ada, dia membuat keputusan melepaskannya semula ke dalam sungai.

“Saya amat ingin tahu berat ikan tersebut, namun bimbang saya menjadi tertekan memikirkan spesimen yang jarang ditemui itu.

“Justeru, sama ada membuat keputusan melepaskannya se­mula ke dalam sungai de­ngan harapan ia dapat memberi ke­terujaan yang sama kepada pemancing lain,” katanya.

Baca Lagi:
Datuk Seri Vida berhasrat beli kelab Kelantan FC, Norazam kata boleh datang jumpa cadang harga
Tak sampai sebulan ambil alih jawatan, Ketua Polis Pulau Pinang terima ugutan
Sebuah keluarga dipuji tolak tawaran pemaju RM151 juta untuk jual tanah