Lelaki beri bayi hisap ganja diburu polis

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki beri bayi hisap ganja diburu polis. Polis di Nigeria diminta memburu dan menangkap seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti tetapi muncul dalam satu rakaman video memaparkan dia memberikan narkotik dipercayai ganja kepada seorang bayi, lapor portal berita Wion News.

Dalam klip video terbabit, lelaki tersebut dilihat menghisap gulungan ganja dan kemudian memasukkanya ke dalam mulut seorang anak kecil yang sedang menangis.

Netizen Nigeria yang marah dengan perbuatan itu kemudian membuat permintaan menerusi laman Twitter supaya pihak berkuasa memberkasnya.

Seperti laporan portal berita Vanguard, polis di seluruh Nigeria telah diarahkan untuk menggunakan teknologi terkini bagi mengesan lelaki itu dan mendakwanya.

Lelaki beri bayi hisap ganja diburu polis

Ketika dihubungi, Pegawai Perhubungan Awam Polis Nigeria, Ketua Supritendan Muyiwa Adejobi berkata, pasukannya akan mengesan dan menangkap lelaki tersebut.

Beliau juga menggesa warga Nigeria yang mempunyai maklumat mengenai video tersebut supaya tampil memberikan maklumat supaya tindakan lebih pantas boleh dilakukan.

Baca Lagi:
Dapat tahu Ex-Girlfriend dah jadi janda, lelaki sanggup cari salah isteri sendiri, tak sangka pula akhirnya jadi macam ini
Penumpang panik ‘Power bank’ meletup dalam kabin pesawat cetus kebakaran
Tissa Biani teringin berlakon bawah Syamsul Yusof