Lelaki berang jemaah haji Malaysia hina negara Indonesia miskin

Photo of author

By Syima Iza

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang jemaah haji Indonesia berang kerana negaranya dihina semasa berada di Tanah Suci.

Difahamkan, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ayah Ojak melenting selepas seorang jemaah haji Malaysia mengatakan Indonesia sebagai negara miskin.

Ayah Ojak terpaksa ditenangkan, gagal kawal emosi selepas dihina negara miskin.

Lelaki berang jemaah haji Malaysia hina negara Indonesia miskin

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @novidesta, kelihatan seorang lelaki cuba menenangkan Ayah Ojak atau nama sebenarnya Abdul Rozak yang gagal mengawal emosinya selepas menerima kata-kata tersebut.

“Jangan hina negara saya ya, saya ini orang Indonesia. Banyak orang berjaya di Indonesia, bukan hanya di Malaysia saja,” katanya.

Bapa Ayu Ting Ting tunai ibadah haji bersama isteri dan bakal besan

Menurut laporan Suara.com, Ayah Ojak yang juga bapa kepada penyanyi Indonesia Ayu Ting Ting itu ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Umi Kalsum, dan bakal besannya.

Dalam video sama, terdengar juga suara Umi Kalsum yang membela suaminya dengan mengatakan orang Indonesia banyak berbelanja setiap kali bercuti di Malaysia.

“Yang belanja di Malaysia siapa? Orang Indonesia yang banyak,” kata Umi Kalsum.

Tiada rakaman rakyat Malaysia hina Ayah Ojak

Bagaimanapun, tiada kesahihan atau bukti video yang menunjukkan ada jemaah haji Malaysia yang telah bertindak mengeluarkan kata-kata hinaan sedemikian. Malah, langsung tiada suara atau respon yang menjawab kata-kata yang dilontarkan oleh Ayah Ojak.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada setuju dan tidak setuju dengan tindakan Ayah Ojak

Memindai ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat video tular itu. Kebanyakan pengguna media sosial dari Indonesia bersetuju dengan tindakan Ayah Ojak yang tidak berdiam diri saat negaranya dihina.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat ayah kepada penyanyi itu tidak seharusnya terasa dengan kata-kata tersebut kerana Indonesia sememangnya sebuah negara miskin sehingga kebanyakan rakyatnya terpaksa keluar negara untuk mencari rezeki.

Ada juga yang memintanya agar beristighfar dan menjadikan itu sebagai ujian tatkala mengerjakan haji.

Lelaki berang jemaah haji Malaysia hina negara Indonesia miskin

Baca Juga:
Lelaki maut selepas kemaluan hampir putus dipotong teman wanita
Pemilik restoran terkejut besar burung gagak tiba-tiba masuk dalam sup panas menggelegak
Cikgu terkejut anak murid selamba hadiah rotan pada Hari Guru