Lelaki belasah wanita dengan topi keledar dicari polis

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki belasah wanita dengan topi keledar dicari polis. Polis kini sedang mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

Jelasnya, klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas.

Lelaki belasah wanita dengan topi keledar dicari polis

Bagaimanapun katanya sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan polis, kejadian itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dekat Paloh 2, di sini, namun tiada kepastian.

“Tarikh dan masa kejadian juga tidak dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Lelaki belasah wanita dengan topi keledar dicari polis

Sik turut mengarahkan semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian dalam video itu.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang wanita hanya menahan kesakitan dan tidak melawan apabila dimarahi, ditampar serta dipukul dengan topi keledar oleh seorang lelaki.

Baca Lagi:
Video tular nenek mandi lumpur dipadam TikTok
Lelaki hanyut di lautan berpaut pada tong minyak selama 30 jam diselamatkan
Tak tahan diliwat bertahun-tahun, anak tikam bapa sampai mati